Posts

Kisah Nabi SAW Disihir Oleh Yahudi

Image
Nabi SAW pernah menjampi dirinya sendiri dengan beberapa Mu’awwizat@Ruqyah kerana disihir oleh Laib bin al-A’som sebagaimana yang disebut dalam hadis riwayat asy-Syaikhan. Jumhur ulamak telah mengitsbatkan sihir.Sihir mempunyai hakikatnya sepertimana perkara2 yang stabit lain mempunyai hakikat.Antara dalilnya hadis Syaikhan serta difirman Allah Taala di dalam kitabNya.Sihir juga boleh dipelajari, dan ini juga menunjukkan ia mempunyai hakikat.Firman Allah: فيتعلمون منهما ما يفرقون به بين المرء وزوجه – البقرة: 102 Berkata al-Qadhi ‘Iyadh: Adapun apa yang datang dalam hadis bahawasanya Baginda SAW merasakan Dia seolah2 melakukan sesuatu padahal Baginda SAW tidak melakukannya, maka ini tidak dikira sebagai kekurangan atau keaiban pada usaha tablighnya dan syariatnya kerana terdapatnya dalil dan ijmak menunjukkan kesempurnaan Baginda daripada perkara tersebut.Sesungguhnya ini adalah perkara keduniaan yang Nabi SAW tidak diutuskan dengan sebabnya dan tidak ada ...

Perihal Melihat Allah Taala

Image
Kata Syeikh Ibrahim al-Laqqani: ومنه أن ينظر بالأبصار***لكن بلا كيف ولا انحصار للمؤمنين إذ بجائز علقت***هذا وللمختار دنيا ثبتت Maksud: Dan setengah daripada Jaiz(harus) kepada Allah Taala pada h u kum akal dan wajib percaya pada syarak bahawa melihat akan Allah Taala dengan mata kepala dalam akhirat.Tetapi tiada dengan kaifiat yang baharu dan tiada inhisor(yakni dihinggakan).Bagi segala orang yang mukmin, kerana dalilnya itu barang suatu yang Jaiz lagi dita’liqkan ia dengan barang suatu yang mumkin maka Imkan ia wujudnya pada hukum dan wajib tentu adanya ia pada dalil syarak yang wajib percaya ia dengan dia.Maka yakinlah hatimu dengan perkataan itu.Dan bagi Nabi kita Muhammad SAW itu telah hasil rukyah(memandang) kepada zat Allah Taala dalam mikraj Baginda ke langit. Yakni rukyah kepada zat Allah Taala segala orang mukmin lelaki, wanita, kecil atau besar dan rukyah pula pula sekelian malaikat dan jin.Ada di kalangan ahli syurga dapat melihat Allah setiap kali J...

Harus Berburu Dengan Setiap Haiwan Pemangsa Yang Melukakan

Image
Harus berburu dengan setiap haiwan pemangsa yang melukakan seperti burung pemburu(helang), anjing dan beruang yang terlatih.Maka jika dia tidak dapat menyembelihnya tanpa kecuaian hinggakan buruan itu mati, halal ia kerana firman Allah Taala: أحل لكم الطيبات وما علمتم من الجوارح Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu akan yang baik-baik dan apa yang kamu ajari daripada haiwan yang melukakan” Syarat2 terlatihnya itu lima.Yang pertama bahawa adalah ia terlatih kerana ayat itu.Terlatihnya itu adalah dengan bahawa ia berlepas dengan dilepaskan.Iaitu ia bergerak dengan dia(tuan) menyuruh dan dengan bahawa ia terhenti dengan dia(tuan) menyuruh berhenti pada permulaan dan selepas laju larinya.Kata Imam Syafii: “Apabila kamu suruh anjing itu maka dia menerima arahan dan apabila kamu menegahnya maka dia menerima tegahan maka ia mukallab(terlatih). Dan dengan bahawa ia memegang buruan itu untuk diambil oleh orang yang melepaskannya.Dan dengan bahawa ia tidak makan darinya, iaitu...

Sayyidatina Aisyah radhiyallahu anha

Image
Sayyidatina Aisyah merupakan puteri Sayyidina Abu Bakar yang berkahwin dengan Nabi.Bapanya mengikut ajaran Nabi Ibrahim – tak pernah buat amalan Jahiliyah.Dalam keadaan inilah Siti Aisyah dibesarkan.Sewaktu diakad nikah di rumah ayahnya Siti Aisyah berumur 7 tahun.Dia diambil oleh Nabi dalam keadaan bersih hatinya menjadi isteri kepada kekasih Allah.Berpindah dari keluarga terhormat kepada keluarga yang lebih terhormat iaitu daripada anak Sayyidina Abu Bakar kepada isteri Rasulullah SAW.(Ummul Mukminin).Zaman Khulafa’ Rasyidin para Ummul Mukminin mendapat peruntukan Baitul Mal.Namun peruntukan tersebut disedekahkan kepada orang Islam oleh Siti Aisyah. Nabi pernah menceritakan sebelum berkahwin dengan Siti Aisyah Baginda pernah bermimpi melihat Siti Aisyah dengan pakaian yang indah.Siti Aisyah menceritakan kenduri kahwin dia tidaklah sehebat mana tapi yang lebih dia suka adalah berkahwin dengan Nabi SAW dalam keadaan dia masih anak dara.Syiah sanggup melaknat Siti Aisyah dan me...