Adakah Asyairah Bercanggah Dengan Salaf?
Dalam kes RUU WP ni, kita tengok macam-macam hal – tentang siapakah Asyairah, Maturidiyah, Salaf, Khalaf dll. Ada pulak hamba Allah yang dakwa ilmuan yang kata Aqidah Imam Syafii sama macam Aqidah Asyairah tu BODOH. Nanti dulu Syeikh, yang kata tu bukannya Tok Lobai sangkut tapi ulama besar. Mu gi baca kitab “Tobaqat asy-Syafiiyah al-Kubra” susunan Imam Tajuddin as-Subki, mu gi baca Maqalat Imam al-Kautsari dll. Kata lebih-lebih kat Mr. X ni nanti ada pulak “pentaqdis” dia kata ambo tak beradab. Cuma dalam penulisan kali ni, Ambo nak sebut apa yang dipegang oleh Asyairah, dan adakah berlainan dengan pegangan ulama salaf. Ambo ambil daripada kalam ulama seumpama Imam Qadhi al-Qudhoh Badruddin Ibnu Jamaah yang wafat pada tahun 733H: Firman Allah Taala: وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ – إبراهيم: 4 Maka Allah telah mengutuskan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan Bahasa kaumnya, iaitu Bahasa Arab yang jelas lagi nyata dengan di