Posts

Alat Ilmu Ada Empat

Image
  Kata Syeikh Ahmad Zarruq رضي الله عنه وأرضاه :- Alat ilmu ada empat: Pertama:- شيخ فتاح – Guru yang membuka jalan ilmu kepada murid. Kedua:- عقل رجًاح – Akal yang cerdas. Ketiga:- كتب صحاح – Kitab/buku yang sohih. Keempat:- مداومة وإلحاح – Istiqamah dalam memperbanyakkan ilmu. Huraian Pertama: Seorang guru khususnya dalam bidang agama mestilah di kalangan yang berkelayakan dalam seni ilmu tersebut dan telah mengambil ilmu dengan para ulama pada zamannya. Guru sebegini akan memberi kefahaman, pengajaran dan menunjuk adab yang baik kepada para murid serta dapat menjelaskan ibarat kitab dengan betul. Agama ini sampai kepada kita daripada generasi ke generasi melalui para ulama, dan bukannya hanya melalui buku dan YouTube dan seumpama dengannya semata-mata tanpa bimbingan daripada guru yang mahir. Setelah ada asas yang kukuh, barulah boleh melakukan rujukan tambahan semahu dan sedaya kita. Namun mestilah mengikuti manhaj, tertib, tadabbur, niat yang suci dan jangan lu...

Hukum Pindahkan Zakat ke Negeri Lain

Image
Dalam mazhab Syafii, qaul muktamad kata tak boleh pindah zakat ke negeri lain berdasarkan hadis yang dipesan oleh Baginda صلى الله عليه وسلم ketika menghantar Sayyidina Muaz ke Yaman: «أعلمهم أن عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم، وترد في فقرائهم» Baik kita ambik dalam mazhab Hanbali pulak berdasarkan kitab al-Mughni Ibnu Qudamah: (وَلَا يَجُوزُ نَقْلُ الصَّدَقَةِ مِنْ بَلَدِهَا إلَى بَلَدٍ تُقْصَرُ فِي مِثْلِهِ الصَّلَاةُ) الْمَذْهَبُ عَلَى أَنَّهُ لَا يَجُوزُ نَقْلُ الصَّدَقَةِ مِنْ بَلَدِهَا إلَى مَسَافَةِ الْقَصْرِ. Daripada ibarat ni kita tau tak harus pindahkan zakat ke tempat yang lebih 2 marhalah, iaitu jarak boleh buat solat qasar. Dalam kitab yang sama dalam masalah ni dinyatakan: وَرُوِيَ عَنْ الْحَسَنِ وَالنَّخَعِيِّ أَنَّهُمَا كَرِهَا نَقْلَ الزَّكَاةِ مِنْ بَلَدٍ إلَى بَلَدٍ، إلَّا لِذِي قَرَابَةٍ. Dapat difaham kata MAKRUH memindahkan zakat ke negeri lain, kecuali jika dibayar kepada orang yang mempunyai hubungan KERABAT dengan kita. Jadi, walaupun sah zakat tersebut namun makr...

Untaian Syair Bunga Melati

Image
Cuplikan dari "Untaian Syair Bunga Melati". Puji dan syukur Lillahi Akbar Atas nikmatnya kecil dan besar Sholawat akmal beserta salam Di atas Nabi Pelita Alam Dan atas keluarganya Nabi Fathimah, Hasan, Husein dan Ali Dan turunannya Hasan dan Husein Hingga kiamat beserta Qur`an Sebelum sesuatu terjadi Allah jadikan cahyanya Nabi Allah jadikan dari cahya-Nya Nur Nabi Muhammad kekasih-Nya Dan segenap para Nabi Dijadikan dari cahaya Nabi Demikian pun Arsy dan Kursi Loh, Qalam, Syurga, Bidadari Dan langit, bumi, bulan dan bintang Dan matahari yang sangat terang Dan lain-lain makhluknya Rabbi Asal mula dari cahaya Nabi Jika tak kerna wujudnya Nabi Tak ada Syurga dan Bidadari Tak ada Arsy, Loh dan Qalam Tak ada Kursi tak ada alam

Kenapa Ambo Hantam Wahabi

Image
May be ada yg akan kata kat saya - sakan no la ni hantam org nu hantam org ni - bila akhir² ni saya byk kritik manhaj wahabi dan mereka yg pro wahabi. Saya nak jawab agak panjang sikit berdasarkan kritikan sorang ulama Hadis tersohor, Syeikh Abdullah al-Ghumari Terhadap tokoh Hadis Wahabi, al-Albani. Harap baca sampai habis. Bila saya sebut Syeikh, ia merujuk kpd Syeikh Abdullah al-Ghumari. Syeikh membawakan kalam Imam Abu Ali ad-Daqqaq: الساكت عن الحق شيطان أخرس Sudah tentu kita tak mau jadi syaitan bisu dgn alasan wala' dll. Syeikh menyatakan bahawa memperingatkan golongan sesat lagi menyeleweng drpd syariat Allah, yg mendustakan Quran & Hadis adalah satu kewajipan yg tak patut dicuaikan. Jika org yg "sakau" dlm urusan dunia umat Islam kita beri peringatan, maka lebih utama org yg menipu kaum Muslimin dgn menyebarkan aqidah yg rosak dan fatwa² yg menyeleweng, yg berdusta atas nama ulama, huffaz dan mujtahidin, yg melanggar Ijmak, yg mengharamkan yg halal dan mengha...

Adakah Asyairah Bercanggah Dengan Salaf?

Image
  Dalam kes RUU WP ni, kita tengok macam-macam hal – tentang siapakah Asyairah, Maturidiyah, Salaf, Khalaf dll. Ada pulak hamba Allah yang dakwa ilmuan yang kata Aqidah Imam Syafii sama macam Aqidah Asyairah tu BODOH. Nanti dulu Syeikh, yang kata tu bukannya Tok Lobai sangkut tapi ulama besar. Mu gi baca kitab “Tobaqat asy-Syafiiyah al-Kubra” susunan Imam Tajuddin as-Subki, mu gi baca Maqalat Imam al-Kautsari dll. Kata lebih-lebih kat Mr. X ni nanti ada pulak “pentaqdis” dia kata ambo tak beradab. Cuma dalam penulisan kali ni, Ambo nak sebut apa yang dipegang oleh Asyairah, dan adakah berlainan dengan pegangan ulama salaf. Ambo ambil daripada kalam ulama seumpama Imam Qadhi al-Qudhoh Badruddin Ibnu Jamaah yang wafat pada tahun 733H: Firman Allah Taala: وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ – إبراهيم: 4 Maka Allah telah mengutuskan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan Bahasa kaumnya, iaitu Bahasa Arab yang jelas lagi nyata denga...

Kepentingan Suhbah Dengan Mursyid Dalam Tasawwuf (Siri 2)

Image
  Para sahabat tidak mampu untuk merawat jiwa mereka semata-mata dengan membaca al-Quran. Tetapi mereka bermulazamah dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Bagindalah yang menyucikan hati mereka dan mentarbiyyah mereka sebagaimana firman Allah Taala: هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ – الجمعة: 2 Maka tazkiyyah (menyucikan jiwa) suatu perkara yang berlainan dengan mengajarkan al-Quran. Berapa ramai di kalangan manusia yang membaca al-Quran dan mutolaah ilmu-ilmu Islam yang begitu banyak dan berbicara tentang waswas syaitan, namun mereka tidak mampu melaksanakannya dalam solat mereka. Dalam ilmu perubatan moden, seorang manusia tidak mampu untuk mengubati dirinya sendiri walaupun beliau membaca buku-buku tentang perubatan. Bahkan beliau memerlukan seorang doktor yang dapat menunjukkan dan menerangkan tentang penyakitnya. Demikian juga penyakit-penyakit jiwa dan hati lebih ...

Kelebihan Ulama Tasawwuf Berbanding Ulama Feqah yang Tidak Bertasawwuf

Image
  Diriwayatkan daripada Nabi صلى الله عليه وسلم : "مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ" – رواه البخاري ومسلم وابن ماجه والترمذي والنسائي في السنن الكبرى Al-Hasan al-Basri ditanya: Adakah si Fulan seorang yang Faqeh? Maka jawab al-Hasan: Siapakah Faqeh? Faqeh itu ialah orang yang zuhud dengan dunia, gemar dengan perkara akhirat dan melihat dengan matahati tentang urusan agamanya. Maka firman Allah Taala: لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ – التوبة: 122 Maka yang dimaksudkan dengan ad-din dalam ayat ini ialah suatu kata nama yang merangkumi sekelian hukum Zahir dan batin. Ber tafaqquh dengan hukum-hukum ahwal, ma’ani dan maqamat di dalam istilah ilmu tasawwuf bukanlah kurang berguna jika dibandingkan dengan ber tafaqquh dalam hukum-hukum seperti talaq, zihar, qisas, hudud dan sebagainya. Ini kerana hukum-hukum sebegini kadang-kadang tidak berlaku dalam seumur hidup kita melainkan sekali sahaja. Jika berlaku sekalipun kita boleh bertaqlid dan bertanya k...