Posts

Kewajipan Berdakwah Mencegah Kemungkaran

Image
Firman Allah Taala: ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون “Dan hendaklah ada di antara kamu satu jamaah yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali Imran: 104) Hujjatul Islam Imam al-Ghazali ketika menerangkan ayat ini mengatakan ayat ini menunjukkan wajib berdakwah kerana kalimah ولتكن adalah fiil mudhari’ yang didahului لام الأمر . Dalam ayat ini juga menjelaskan bahawasanya kejayaan yang haqiqi terikat dengan usaha dakwah di mana Allah mengkhususkan mereka yang melaksanakan kerja dan usaha dakwah dengan ayat وأولئك هم المفلحون . Ayat ini juga menerangkan bahawa Amar Makruf Nahi Mungkar adalah fardhu kifayah bukannya fardhu ain. Sekiranya satu jamaah di kalangan Muslimin melaksanakannya maka gugurlah kefardhuannya daripada o...

Faedah Menundukkan Pandangan

Image
Sesungguhnya pemuda yang bermuraqabah dengan Tuhannya dan menundukkan pandangannya pada zaman kini adalah seorang wali daripada wali-wali Allah Taala. Para ulama telah menyebutkan faedah yang banyak bagi perbuatan menundukkan pandangan, antaranya adalah seperti berikut: 1 ) Pembersihan hati daripada deritanya penyesalan. Barangsiapa yang tidak menjaga pandangan penyesalannya akan berkekalan. Ingatlah bahawasanya sesiapa yang tidak menjaga pandangannya pasti penyesalannya akan berkekalan. Perkara yang paling memudhoratkan hati ialah tidak menjaga pandangan. Ini kerana nisbah pandangan kepada hati umpama anak panah pada panahannya. Sekiranya ia tidak membunuhnya, ia mencederakannya. Atau diumpamakan percikan api yang dilempar ke arah rumput kering. Jika ia tidak membakar semuanya, sebahagiannya akan terbakar. Benarlah kata syair yang bermaksud: "Setiap insiden bermula daripada pandangan***dan kebanyakan api itu berpunca daripada percikan api yang kecil." ...

Menyanggah Mufti Perlis

Image
Saya sudah menonton satu video pendek daripada 4 orang pencaramah tentang doa akhir & awal tahun termasuk oleh Sohibus Samahah Mufti Perlis. Pada mulanya saya ingin abaikan saja video itu tapi saya terpaksa jawab kerana ada kandungannya yang berkaitan dengan ulama Muslimin. Hasilnya jawapan saya adalah tentang dua perkara. Pertama tentang doa akhir tahun dan awal tahun yang sering ditimbulkan oleh puak Wahhabi ni. Kesemua mereka mengatakan doa awal tahun tidak pernah datang tunjuk ajar daripada Nabi صلى الله عليه وسلم . Dengan erti kata lain bacaan khusus awal tahun tidak ada dalil. Benarkah begitu? Baik, perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم disebut ulama Usul Fiqh sebagai at-Tark ( الترك ). Ia termasuk dalam kaedah الترك لا ينتج حكما (at-Tark tidak menatijahkan hukum), atau الترك لا يقتضي تحريمه (at-Tark tidaklah semestinya membawa kepada pengharamannya). al-Allamah as-Sayyid Abdullah al-Ghumari telah menulis sebuah syair dalam risalahnya...

Awal Perjalanan Menuju Allah

Image
Allah Taala berfirman: من كان يريد العاجلة عجلنا له فيها ما نشاء لمن نريد, ثم جعلنا له جهنم يصلاها مذموما مدحورا. ومن أراد الآخرة وسعى لها سعيها وهو مؤمن فأولئك كان سعيهم مشكورا. ( الإسراء: 18-19 )              Perkataan Al-‘Ajilah yang ditafsirkan dengan maksud “Kehidupan yang sekarang”, bererti dunia.              Jika orang yang menuntut dunia, apatah lagi jika ia mengejarnya dengan penuh tenaga dan perhatian, akan tersungkur ke dalam api neraka serta ditimpa cela dan hina, maka sudah sewajarnyalah bagi orang yang waras fikiran membelakanginya dan memelihara diri daripadanya.              Adapun perkataan Al-Akhirah yang ditafsirkan dengan maksud Hari Akhirat, bererti syurga.              Orang yang mencita-citakan masuk syurga...

Membetulkan Salah Faham Tentang Ijtihad dan Taqlid

Image
Untuk pos sulung aku tahun ni, suka aku nak sentuh tentang ijtihad dan taqlid. Alhamdulillah bila tengok orang zaman la ni yang jadi engineer dan pilot pun ambik tahu tentang ilmu Usul Fiqh. Perkembangan yang sihat. Ilmu usul fiqh bukan milik eksklusif golongan agamawan menurut guru kami yang bermazhab Hanafi, Dr Muhammad Fathy al-Etraby. Malah menurut beliau ilmu usul fiqh boleh menyelesaikan pelbagai masalah sains, perubatan, kemasyarakatan, ekonomi, politik dan sebagainya. Cuma aku nak nasihatkan belajarlah secara berguru dan bukan hanya melalui pembacaan semata-mata.              Kembali kepada perbahasan ijtihad dan taqlid, pertama sekali kita lihat apa takrif kedua-duanya. Imam al-Ghazali mentakrifkan ijtihad sebagai “Usaha yang sungguh-sungguh daripada mujtahid untuk mencari ilmu berkaitan hukum-hakam syariat”. Orang yang mampu berijtihad disebut sebagai mujtahid. Manakala taqlid pula ialah “Mengambil penda...