Posts

Manakah Yang Afdhal, Ilmu Atau Harta?

Image
Nabi SAW bersabda: أنا مدينة العلم وعلي بابها Ertinya: “Aku kota Ilmu dan Ali pintunya”. Apabila terdengar hadis ini, golongan Khawarij merasa dengki dengan Sayyidina Ali dan seramai 10 orang pembesarnya telah berkumpul dan berkata: Masing2 kita tanyakan padanya mengenai satu masalah yang sama, dan lihat apa jawapannya.Jika beliau menjawab kepada masing2 kita dengan jawapan yang berlainan bererti beliau seorang yang benar2 alim seperti kata Nabi.Seorang daripada mereka tampil dan bertanya: “Wahai Ali, manakah yang afdhal, ilmu atau harta?” Jawab Ali: “Ilmu lebih afdhal daripada harta.” Orang itu bertanya lagi: “Apakah dalilnya?” Ali menjawab: “Ilmu itu pusaka peninggalan para Anbiya’ dan harta itu pusaka peninggalan Qarun, Syaddad, Firaun dan orang2 seumpama mereka.” Kemudian orang yang kedua pula tampil dan bertanya seperti itu juga.Sayyidina Ali menjawab: “Ilmu lebih afdhal daripada harta kerana ilmu itu memelihara kamu, sementara harta pula kamu yang memeliharan...

Berkumpul Untuk Berzikir

Image
Sayyidina Muawiyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menemui para sahabat dalam suatu halaqah. “Apa yang membuat kamu semua berkumpul di sini?” Tanya Baginda. “Kami berkumpul untuk berzikir dan memuji Allah kerana telah memberikan hidayah sehingga kami memeluk Islam,” jawab mereka. “Allah..., hanya itukah yang membuat kamu semua berkumpul?” “Allah…, hanya itu yang membuat kami berkumpul.” “Sesungguhnya aku tidak mengajarkan itu pada kamu semua, namun Jibril datang padaku dan memberitahu bahawa Allah memuji kamu semua di hadapan para malaikat.”(HR Muslim) Sayyidina Anas b Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu semua melalui taman syurga, sebaiknya kamu semua singgah,” “Apa taman syurga itu?” “Halaqah zikir.” (HR Tirmizi) Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berada pada jalan2.Apabila bertemu dengan golongan yang berzikir yang memohon sesuatu, dia berkata, “T...

Imam Jaafar as-Sodiq

Image
 Gambar di atas adalah Syeikh Soleh al-Ja'fari yang merupakan bekas Imam Masjid al-Azhar dan berketurunan Imam Jaafar as-Sodiq Imam Jaafar as-Sodiq ialah cicit kepada cucu Rasulullah.Namanya ialah Jaafar b Muhammad b Ali b Husain b Ali b Abi Talib.Ulama besar ini dikenali juga dengan nama Jaafar as-Sodiq.Beliau dilahirkan pada tahun 80 H. Dari sebelah ayahnya, nasab beliau bersambung hingga Sayyidina Ali r.a sementara dari sebelah ibunya pula, nasab beliau bersambung hingga Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Selain mulia dari segi nasabnya, Jaafar as-Sodiq juga sangat alim dan memiliki ilmu yang sangat luas.Beliau diakui sebagai salah seorang ulama besar kota Madinah pada masa itu.Disebabkan itu, Syiah mendakwa Imam Jaafar sebagai imam mereka.Namun, beliau sendiri sangat membenci Syiah kerana mereka suka mencela Abu Bakar as-Siddiq, moyang beliau sendiri. GURU-GURU Imam Jaafar berguru dengan ramai ulama Madinah.Antaranya ialah ayahnya sendiri Muhammad al-Ba...

Pelantikan Imam@Pemerintah

Image
Berkata Imam al-Laqqani r.a: وواجب نصب إمام عدل***بالشرع فاعلم لا بحكم العقل فليس ركنا يعتقد في الدين***فلا تزغ عن أمره المبين إلا بكفر فنبذن عهده***فالله يكفينا أذاه وحده بغير هذا لا يباح صرفه***وليس يعزل إن أزيل وصفه Yakni wajib atas tiap2 orang yang mukallaf atas kifayah(fardhu kifayah) mendirikan ia akan imam yang adil dengan syarak(yakni wajibnya melantik Imam dengan dalil syarak).Maka engkau ketahuilah tiada dengan hukum akal halnya khilaf dengan iktiqad orang Muktazilah bahawasanya kepadanya(Muktazilah) wajib mendirikan Imam atas hukum akal.Maka tiada ia menjadi rukun yang wajib ia dalam ugama Islam seperti solat dan zakat dan puasa.Dan jangan engkau berpaling daripada perintahnya(Imam) yang benar ia dalam syarak melainkan dengan perbuatan yang menjadi kufur, maka engkau keluarlah daripada perintahnya halnya zohir.Maka Allah Taala jua yang memeliharakan akan kita jahatnya kerana bahawasanya Allah Taala jua yang bersifat wahdaniyah.Dan lainnya inilah(selain...