Posts

Sayyidatina Aisyah radhiyallahu anha

Image
Sayyidatina Aisyah merupakan puteri Sayyidina Abu Bakar yang berkahwin dengan Nabi.Bapanya mengikut ajaran Nabi Ibrahim – tak pernah buat amalan Jahiliyah.Dalam keadaan inilah Siti Aisyah dibesarkan.Sewaktu diakad nikah di rumah ayahnya Siti Aisyah berumur 7 tahun.Dia diambil oleh Nabi dalam keadaan bersih hatinya menjadi isteri kepada kekasih Allah.Berpindah dari keluarga terhormat kepada keluarga yang lebih terhormat iaitu daripada anak Sayyidina Abu Bakar kepada isteri Rasulullah SAW.(Ummul Mukminin).Zaman Khulafa’ Rasyidin para Ummul Mukminin mendapat peruntukan Baitul Mal.Namun peruntukan tersebut disedekahkan kepada orang Islam oleh Siti Aisyah. Nabi pernah menceritakan sebelum berkahwin dengan Siti Aisyah Baginda pernah bermimpi melihat Siti Aisyah dengan pakaian yang indah.Siti Aisyah menceritakan kenduri kahwin dia tidaklah sehebat mana tapi yang lebih dia suka adalah berkahwin dengan Nabi SAW dalam keadaan dia masih anak dara.Syiah sanggup melaknat Siti Aisyah dan me...

Sayyidina Umar b al-Khattab

Image
Sayyidina Umar bin al-Khattab merupakan khalifah kedua.Beliau Masuk Islam ketika beumur 26 tahun.Digelar sebagai Abu Hafs ( bapa singa ).Keturunan Bani ‘Ady. Ibunya keturunan Bani Makhzum.Digelar Abu Hafs oleh Nabi SAW selepas Perang Badar.Anak beliau menceritakan Sayyidina Umar berkulit putih, tinggi, kepala tidak berambut.Dia pakai cincin sebelah kiri.Beliau bekerja menggunakan kedua2 belah tangannya.Akhir riwayatnya ditikam mati oleh seorang Majusi. Sifat Sayyidina Umar dalam kitab Taurat:-Seorang pemerintah yang tegas.Lalu Sayyidina Umar memuji Allah apabila diberitahu pendeta Yahudi. Adakah patut seorang sahabat mulia yang diceritakan Allah dalam kitab terdahulu dikatakan kafir oleh puak Syiah??? Subhanallah, satu pembohongan yang nyata. Suatu ketika beliau sedang membaca khutbah beliau menjerit: “Wahai Sariah, ke bukit kamu!!!Ke bukit kamu!!!” Apabila Sariah balik dari medan perang beliau mengaku mendengar arahan Sayyidina Umar.Arahan online!!! Subhanallah…. Na...

Nasihat Kepada Diriku

Image
Tasauf sebagaimana yang dikatakan Imam al-Ghazali adalah menumpukan hati kepada Allah Taala dan tidak membesarkan selain diriNya. Apabila engkau mengetahui maksud demikian, maka wajiblah engkau muraqabah kepada Allah dalam setiap hal kamu.Yakni dengan kamu merasa seolah2 melihatNya.Jika tidak maka Dia melihat dirimu.Dan hendaklah engkau bersungguh2 dan bersegera melakukan ketaatan pada setiap ketika. Mulakan dengan melakukan kefardhuan yang telah ditentukan oleh Allah ke atasmu dan tinggalkan perkara yang haram sama ada yang kecil mahupun besar.Ikutilah apa yang datang daripada Tuhanmu dan lontarkanlah jauh2 apa yang diajak oleh hawa nafsumu serta muliakanlah sesiapa yang mendekatkan dirimu kepada Allah.

Antara Dunia dan Akhirat

Image
Sekiranya kita menyatakan bahawa mencari dan berusahauntuk memenuhi keperluan duniawi dan jasadi itu penting, maka kita dengan hati yang ikhlas perlu mengakui bahawa berusaha untuk memenuhi keperluan dan kepentingan akhirat jauh lebih penting.Di hadapan kita merupakan masa depanyang hebat.Masa depan yang mungkin tidak dapat dibayangkan dan dirasakan kehebatannya sekarang ini sepertimana manusia pada zaman Hang Tuah tidak dapat membayangkan betapa hebat dan berbezanya kita pada zaman ini. Masa depan merupakan perkara yang di luar pengetahuan dan pengalaman kita.Apa yang ada dan dapat kita lakukan adalah dengan membuat jangkaan, telahan, ramalan dan tanggapan. Melalui maklumat2 yang kita peroleh, kita berusaha untuk membayangkan apa yang akan terjadi pada masa depan.Itulah saja kemampuan kita.Itulah juga yang kita faham.Namun adakah benar kita sememangnya tidak mengetahui satu apa pun tentang masa depan kita?Sekiranya yang kita maksudkan dengan masa depan itu ialah masa depan ya...

Pendapat Syekh Abd Ghani an-Nabulusi Tentang Wujud

Image
Syekh Abd Ghani an-Nabulusi adalah seorang syekh sufi yang lahir dalam tahun 1050 Hijriyah bersamaan dengan 1641 Masehi dan meninggal dunia dalam tahun 1143 H bersamaan dengan 1731 M. Beliau member pandangannya tentang wujud seperti berikut: Alam semesta ini, tidak kira apa jenisnya, kategorinya, bentuknya, wataknya dan sebagainya lagi adalah terzahir menjadi wujud daripada al-‘adam(tak wujud) oleh Wujud Allah; bukan oleh wujud itu sendiri.(yakni Allah yang menciptakan).Wujud dilimpahkan kepada alam pada setiap ketika oleh Wujud Allah, bukan alam itu sendiri(maknanya salah guna istilah alam semulajadi). Wujud alam semesta yang terbit daripada limpahan wujud Allah pada setiap ketika adalah sebenarnya Wujud Allah(maknanya adanya ala mini dalil kewujudan Maha Pencipta – Allah). Tiada wujud yang lain(pada hakikatnya) selain daripada Wujud Allah. Setiap sesuatu dalam alam semesta ini jika dirujuk kepada dirinya sendiri adalah tiada mempunyai wujud sebenarnya kerana pad...