Posts

PAS Mesti Bersih Daripada Syiah

Image
Fasal 7. Ceraian(1):- Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. Prinsip Kedua Imam Hassan al-Banna:-Al-Quran al-Karim dan al-Sunnah yang suci adalah sumber rujukan bagi semua Muslim untuk mengetahui hukum-hakam di dalam Islam.Al-Quran difahami selari dengan kaedah Bahasa Arab tanpa memberat2kan dan membuta tuli dan memahami hadis yang suci bersumberkan periwayat2 yang tsiqah. Merujuk kepada ceraian Perlembagaan PAS dan usul kedua IHB,kita tidak menafikan PAS sebuah jemaah Islam berasaskan rujukan muktabar iaitu Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.Demi memelihara keaslian dan ketulenan PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang berasaskan kepada sumber di atas, adalah suatu yang tidak manis atau tidak wajar kita biarkan persepsi yang mengatakan PAS tidak konsisten atau tegas dalam isu Syia...

Antara Karya Tuan Husain Kedah al-Banjari

Image
Antara karya Tuan Husain Kedah al-Banjari:- 1)        An-Nurul Mustafid fi Aqaidi Ahlit Tauhid, diselesaikan pada tahun 1305 Hijrah/1888 Masihi. Kandungannya membicarakan tentang tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. 2)         Tamrinush Shibyan fi Bayani Arkanil Islam wal Iman, diseles aikan pada hari Sabtu, 1 Syaaban 1318 Hijrah. Menggunakan nama Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas'udi al-Banjari. Kandungannya membicarakan tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah dinyatakan rujukannya ialah Ummul Barahin, Syarah Hudhudi, karya as-Suhaimi, Hasyiyah Syarqawi dan Dhiyaul Murid. Dicetak oleh Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir, Zulkaedah 1346 Hijrah, ditashhih oleh Ilyas Ya'qub al-Azhari. Hidayatus Shibyan fi Ma'rifatil Islam wal Iman, menggunakan nama Abi Abdullah Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas'udi al-Banjari. Diselesaikan pada hari Isnin, 18 Muharam 1330 Hijrah. Kandungannya mem...

Beberapa persoalan feqah tentang hubungan lelaki dan wanita

Image
Assalamualaikum, ada sorang teman bertanyakan kepada saya soalan yang berikut.In sya Allah saya akan cuba menjawab sekadar kemampuan. 1-    : بين حد العورة بين الأشخاص الاَتية - عورة المرأة أمام ابن خال البالغ - عورة المرأة مع ابن أخيها البالغ - عورة المرأة مع زوج ابنتها - عورة المرأة مع ابن زوجها الثاني 2- قال تعالى: وَ لاَ يَضْرِ بْنَ بِاَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ. ما المراد بالزينة الخفية التي ذكرت في الآية؟ وما حكم لبس هذه الزينة للمرأة امام الأجنبي لها؟ 3- ما حكم نكاح الزوجة إذا زنا الزوج بامرأة أخرى ؟ Berikut jawapannya: 1-Had aurat bagi individu berikut: a)Aurat perempuan depan anak pakciknya(sepupu) yang telah baligh:-Sepupu adalah bukan mahram dan mereka boleh berkahwin.Jadi aurat mereka adalah aurat bukan mahram.Menurut qaul yang rajih dalam mazhab Syafii, aurat lelaki depan perempuan bukan mahram adalah sekelian badannya(rujuk kitab Sullamus Sibyan dan Matla’ul Badrain).Manakala aurat wanita depan lelaki b...

BERBEZA PANDANGAN ADALAH TABIAT MANUSIA

Image
Allah Taala menciptakan manusia dengan pelbagai tabiat dan kebolehan.Setiap insan mempunyai syakhsiah, cara pemikiran dan tabiat yang tersendiri.Kerana itu, perbezaan pandangan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ia antara tabiat manusia.Allah Taala berfirman dalam surah Hud: ayat 118-119 yang bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu.(Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisihan.Tetapi orang2 yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia.” Antara faktor utama perbezaan pendapat di kalangan manusia adalah seperti berikut: a)Tabiat dan Syakhsiah Manusia Di kalangan manusia ada yang cenderung kepada pandangan yang tegas dan berhati2.Manakala ada pula yang cenderung kepada memudahkan. b)Tabiat Alam dan Kehidupan Tabiat al...

Lawak Wahabi

Image
Lawak Wahabi    ( bukan rekaan…wahabi sendiri yang post ) : Ada 2 mayat mati, satu mayat  ‘salafi’,  satu lagi  mayat  ASWJ…malaikat akan tanya macam ni…. Mayat  ‘salafi’ : “Wahai  mayat….siapa tuhanMu….apa  agamamu…apa  kiblatmu…apa nabimu….siapa saudaramu….” Mayat  ASWJ : “Wahai  mayat….siapa tuhanMu….apa  agamamu…apa  kiblatmu…apa nabimu….siapa saudaramu….apa  MAZHABMU…” Lawak jugak sindiran tu…untuk menyindir bahawa  ASWJ  tersasar  dari  agama…ok…dengar  lawak  aisha  pulak…tak lawak sangat…tapi lagi lawak dari lawak ‘pandai’   wahabi tu… Lawak aisha : Ada 2 mayat mati, satu mayat  ‘salafi’,  satu lagi  mayat  ASWJ…malaikat akan tanya macam ni…. Mayat  ASWJ : “ Wahai  mayat….dari  mana  kau tahu  adanya  soalan dari kubur…...

Hukum Berkahwin Dengan Wanita Hamil Hasil Zina

Image
Soal: Perempuan yang bunting daripada zina itu adakah sah ia berkahwin dengan orang yang lain daripada lelaki yang ia berzina kerana ada orang yang menghukum perempuan yang bunting daripada zina tiada sah ia berkahwin dengan lelaki yang lain daripada lelaki yang berzina sebelum ia beranak? Maka jawabnya: Orang yang menghukum tiada sah berkahwin perempuan yang bunting daripada zina dengan lelaki yang lain daripada yang ia berzina sebelum beranak itulah orang yang sesat.Barangkali ia belajar kepada syaitan suruh menghukum begitu. Bermula yang sebenarnya perempuan yang berzina itu tidak ada iddah.Wallahi! Billahi! Tallahi! Perempuan yang berzina itu tidak ada iddahnya kerana iddah itu adakalanya dengan quru’ dan adakalanya dengan bulan dan adakalanya bunting dengan beranak.Maka manakala tidak ada iddah maka tidak dikira quru’ dan beranak. Masalah- Perempuan yang bunting daripada zina apabila ia berkahwin sama ada berkahwin dengan lelaki yang berzina dengan dia atau dengan ...