Posts

BERBEZA PANDANGAN ADALAH TABIAT MANUSIA

Image
Allah Taala menciptakan manusia dengan pelbagai tabiat dan kebolehan.Setiap insan mempunyai syakhsiah, cara pemikiran dan tabiat yang tersendiri.Kerana itu, perbezaan pandangan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ia antara tabiat manusia.Allah Taala berfirman dalam surah Hud: ayat 118-119 yang bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu.(Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisihan.Tetapi orang2 yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia.” Antara faktor utama perbezaan pendapat di kalangan manusia adalah seperti berikut: a)Tabiat dan Syakhsiah Manusia Di kalangan manusia ada yang cenderung kepada pandangan yang tegas dan berhati2.Manakala ada pula yang cenderung kepada memudahkan. b)Tabiat Alam dan Kehidupan Tabiat al...

Lawak Wahabi

Image
Lawak Wahabi    ( bukan rekaan…wahabi sendiri yang post ) : Ada 2 mayat mati, satu mayat  ‘salafi’,  satu lagi  mayat  ASWJ…malaikat akan tanya macam ni…. Mayat  ‘salafi’ : “Wahai  mayat….siapa tuhanMu….apa  agamamu…apa  kiblatmu…apa nabimu….siapa saudaramu….” Mayat  ASWJ : “Wahai  mayat….siapa tuhanMu….apa  agamamu…apa  kiblatmu…apa nabimu….siapa saudaramu….apa  MAZHABMU…” Lawak jugak sindiran tu…untuk menyindir bahawa  ASWJ  tersasar  dari  agama…ok…dengar  lawak  aisha  pulak…tak lawak sangat…tapi lagi lawak dari lawak ‘pandai’   wahabi tu… Lawak aisha : Ada 2 mayat mati, satu mayat  ‘salafi’,  satu lagi  mayat  ASWJ…malaikat akan tanya macam ni…. Mayat  ASWJ : “ Wahai  mayat….dari  mana  kau tahu  adanya  soalan dari kubur…...

Hukum Berkahwin Dengan Wanita Hamil Hasil Zina

Image
Soal: Perempuan yang bunting daripada zina itu adakah sah ia berkahwin dengan orang yang lain daripada lelaki yang ia berzina kerana ada orang yang menghukum perempuan yang bunting daripada zina tiada sah ia berkahwin dengan lelaki yang lain daripada lelaki yang berzina sebelum ia beranak? Maka jawabnya: Orang yang menghukum tiada sah berkahwin perempuan yang bunting daripada zina dengan lelaki yang lain daripada yang ia berzina sebelum beranak itulah orang yang sesat.Barangkali ia belajar kepada syaitan suruh menghukum begitu. Bermula yang sebenarnya perempuan yang berzina itu tidak ada iddah.Wallahi! Billahi! Tallahi! Perempuan yang berzina itu tidak ada iddahnya kerana iddah itu adakalanya dengan quru’ dan adakalanya dengan bulan dan adakalanya bunting dengan beranak.Maka manakala tidak ada iddah maka tidak dikira quru’ dan beranak. Masalah- Perempuan yang bunting daripada zina apabila ia berkahwin sama ada berkahwin dengan lelaki yang berzina dengan dia atau dengan ...

Mengumpat Yang Dibolehkan

Image
Ketahui olehmu bahawasanya sekelian kelakuan mengumpat itu haram dan tiada diharuskan oleh syara’ melainkan enam perkara: Pertama: At-Tazhallum iaitu mengkhabarkan akan kejahatan orang yang menzalim akan dikau kepada qadhi supaya menghukumkan ia akan dia atau mengkhabarkan akan kejahatan qadhi yang menzalim akan dikau kepada sultan supaya menghukumkan ia akan dia maka yang demikian itu harus. Kedua: Al-Isti’anatu ‘ala raddil munkari wal ma’siati ila as-shalah.Iaitu harus mengkhabarkan akan kejahatan orang kepada orang besar atau raja kerana sebab meminta tolong akan dia atas menolakkan kejahatan orang itu dan harus pula mengkhabarkan akan kejahatan orang yang berbuat maksiat kepada orang besar atau kepada raja2 kerana sebab meminta tolong supaya mengembalikan ia akan orang yang berbuat maksiat itu kepada berbuat kebajikan. Ketiga: Al-Istifta’ iaitu harus mengkhabarkan kejahatan orang kepada mufti kerana menuntut fatwa kepadanya seperti berkata seseorang kepada mufti: Ba...

PENGARUH ULAMA’ PONDOK DALAM PENENTUAN TARIKH KEMERDEKAAN NEGARA

Image
Ilmu Falak ialah suatu cabang ilmu unik dan sering mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Sebelum dikupas kedudukan ilmu ini dari kaca mata yang berbeza, suka dipetik tulisan Sdra. Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia di dalam Utusan Malaysia pada 31 Ogos 2004 mengenai hubungan kepentingan ilmu falak dalam mentadbir aturan hidup manusia :- Sebelum Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra berlepas ke London untuk merundingkan tuntutan kemerdekaan daripada Kerajaan Inggeris, beliau telah meminta nasihat daripada al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim. Al-Marhum Tunku Abdul Rahman beranggapa n bahawa beliau perlu berjumpa dengan al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim kerana pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu. Al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab "AM KHIR ATANA", yakni tahun baik datang kepada kita - bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Belia...