Posts

Masjid Rasulullah SAW dan Raudahnya menurut IbnuBattutah

Image
Masjid Rasulullah yang mulia itu berbentuk segi empat bujur.Masjid ini dilingkungi oleh tiang2 yang mengelilinginya di keempat2 penjuru iaitu utara, selatan,timur dan barat.Di bahagian tengah masjid itu, terdapat halaman dalam yang terbuka dan berlantaikan batu serta pasir.Masjid Rasulullah itu dikelilingi pula oleh sebatang jalan yang berturap batu yang berpahat.Raudah yang suci itu, semoga Allah merahmati dan memberikan kesejahteraan kepada penghuninya, terletak berhampiran dengan penjuru tenggara masjid tersebut.Rupa bentuk Raudah tersebut agak luar biasa dan sukar untuk dihuraikan.Ia diserikan dengan batu marmar yang amat unggul pahatan serta tinggi mutunya.Bahagian atasnya pula masih terdapat bekas sapuan kasturi serta harum-haruman(yang telah menjadi hitam dan merekah) meskipun telah melalui peredaran zaman yang panjang. Di bahagian tepinya iaitu mengarah ke selatan, terdapat paku perak yang terletak bertentangan dengan wajah(diri) Nabi yang mulia.Di situlah orang ramai berdiri m...

UMNO kata PAS tolak ulama

Image
Tiba-tiba sekarang mereka kata para pemimpin dan ahli-ahli PAS menolak ulama. Tapi sejak bila Umno menyanjungi ulama? Mereka sendiri sebenarnya yang menolak ulama bukannya kita. Dalam PAS terdapat Syura Ulama yang menjaga dasar PAS. Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS. Syura Ulama tidak boleh dianggotai sembarangan orang, tetapi setiap ahlinya mestilah mereka yang berpendidikan tinggi dalam Islam dan mempunyai akhlak yang baik.Dalam UMNO mana suara ulama? Ahli-ahli Syura Ulama berbeza dengan para pemimpin PAS yang lain termasuk Presiden, Timbalan Presiden, N...

Taat dan Wala'

Image
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." (an-Nisa' ayat 59) Para mufassirin berbeza berkenaan maksud Ulil Amri dintaranya: 1. Para pemimpin. 2. Para ulama, fuqaha' dan agamawan. 3. Para Sahabat Nabi SAW. 4. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar r.anhuma. Dalam ayat ini ada isyarat kepada empat dalil2 fiqh yang disepakati ASWJ iaitu Al-Kitab(Quran), Sunnah, Ijma' ulama dan qiyas.Firman Allah أطيعوا الله isyarat kepada kitab Allah(al-Quran). Manakala firmanNya أطيعوا الرسول pula isyarat kepada sunnah.FirmanNya وأولى الأمر isyarat...

Bolehkah PAS dan Tabligh bersatu?

Image
Alhamdulillah Muktamar PAS kali ni selesai sudah.Tahniah dan takziah kepada yang menang.Tak perlu timbul isu pecah undi, pengkhianat dan pertembungan ulama dan profesional.Ini kerana biar siapa pun yang menang, dasar PAS tetap ditentukan oleh Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursyidul Am dibantu oleh Timbalannya dan ahli majlis Syura yang lain.Inilah konsep kepimpinan ulama yang harus difahami oleh semua pejuang jamaah PAS. Syukur juga dapat bertemu sahabat2 seperti Abg Zulkhairi, Us Hasbullah, Us Aminurrasyid, Us Razak Tantawi, Us Jijo, Along n Angah, Piji, Syaikh Ubaid, Us Hairul Nizam, Us Nazri, Us Asri, Juzaili, Asim,Us Halim,Salman Maskuri,Asyraf,Shahruz Zaman dan ramai lagi termasuk yang tak dapat dilupakan sahabat dunia akhirat Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza.Sempat juga bermesra dengan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah waktu hujan tadi. Saya tak berminat nak bahas panjang tentang pemilihan dan muktamar.Cuma saya berminat dengan sebuah surat(macam surat layang lak) yang mengatakan PAS d...

Kekeramatan Abu al-Hasan al-Syazili

Image
Kata Ibn Battutah dalam kitab rehlahnya: "Syeikh Yaqut menceritakan kepadaku sebagaimana yang didengarnya daripada gurunya, Syeikh Abu al-Abbas al-Mursi bahawa Abu al-Hasan menunaikan haji pada setiap tahun dengan menggunakan jalan hulu Mesir(So'id). Beliau tinggal di Mekah pada bulan Rejab dan bulan yang berikutnya hinggalah selesai menunaikan fardu haji.Abu al-Hasan menziarahi makam Nabi SAW yang mulia di Madinah dan pulang mengikut jalan utama haji ke negeri tempat tinggalnya. Pada suatu tahun(iaitu tahun terakhir beliau menunaikan haji), Abu al-Hasan berkata kepada khadamnya, "Bawalah sebilah kapak, sebuah bakul, harum-haruman dan barang-barang untuk mengurus jenazah." Khadamnya bertanya, "Mengapa pula wahai tuan?" Jawab beliau, "Di Humaithira nanti kamu akan melihatnya." Humaithira ialah satu tempat yang terletak di bahagian hulu Mesir. Di Padang Pasir 'Aizab, di Humaithira ini terdapat mata air yang payau rasanya dan banyak binatang buas...

Dalil Talqin Mayat

Image
Baru2 ni ada orang meninggal kat kampung aku tapi anak dia yang dok kat Saudi tak mau dibacakan talkin.Takpa la.Tu hak dia.Kami ahli qaryah menghormati pendapat dia.Tapi bagi yang nak talqin ada dalilnya.Kubawakan di sini sebahagian daripada kitab Ianatut Talibin: Sunat ditalqin orang yang baligh walaupun yang mati syahid di medan perang berdasarkan Firman Allah surah az-Zariyat: 55 yang bermaksud: "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman'. Dan keluar daripada baligh kanak2, maka tak disunatkan talqin kerana ia tidak kena fitnah kubur. Demikian juga orang gila. Dan sunat diulangi talqin sebanyak tiga kali.Aula bagi yang menghadiri majlis talqin untuk berdiri dan bagi orang yang membaca talqin duduk.Dan dipanggil mayat dengan menasabkan kepada ibunya sekiranya diketahui.Jika tidak dinasabkan dengan Hawa. Dalam kitab ianah tersebut juga terdapat hadis riwayat Tabarani Rasulullah SAW pern...

10 Sifat Individu Muslim

Image
Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah: 1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism) Al-Quran Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.” 2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq) Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perb...