Posts

Syurga dan neraka kekal

Sebagaimana yang saya tahu Syurga dan Neraka itu kekal dengan izin Allah. Sama seperti kita yang akan kekal di Syurga atau di Neraka. Semua ini sebagai peringatan untuk manusia bahawa kehidupan yang abadi adalah di akhirat sana. Jadi perlunya kita betul2 beriman kepada perkara2 yang telah Allah gambarkan pada kita melalui wahyuNya iaitu al-Quran dan juga hadith Rasulullah saw. Firman Allah SWT "Peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya." (Al-Baqarah 2:24-25) Rasulullah saw telah berdoa dalam solat malam; "Bagi Engkau segala puji, Engkau benar, janjiMu benar, perjumpaan denganMu benar dan kata-kataMu benar. Syurga itu benar dan neraka itu benar. Para nabi juga benar, Muhammad saw benar dan hari kiamat benar." (H.R Bukhari & Muslim) Sa...

Our courage and willingness to change

"When we least expect it, life sets us a challenge to test our courage and willingness to change; at such a moment, there is no point in pretending that nothing has happened or in saying that we are not ready. The challenge will not wait. Life does not look back." - Paulo Coelho

TAFSIRAN HADITH AL-JARIAH YANG DISELEWENGKAN OLEH WAHHABI!!!

TAFSIRAN HADITH AL-JARIAH MENGIKUT FAHAMAN YANG SEBENAR: Golongan WAHHABI yang mendakwa bahawa Allah itu mempunyai tempat sering kali menjadikan hadith yang diriwayatkan di dalam kitab Sahih Muslim yang mana padanya terdapat soalan Nabi kepada seorang hamba tentang di manakah Allah, lalu hamba tersebut menjawab bahawa Allah itu berada di atas langit, sebagai hujah untuk mendakwa bahawa Allah itu bertempat. Di sini kami membahaskan berkenaan hadith al-Jariah ini secara terperincian dengan membawa kesemua riwayat-riwayat hadith al-Jariah supaya kita semua dapat memahami hadith ini sebagaimana ulama’-ulama’ kita memahaminya. Sekarang mari kita lihat hadith tersebut serta penerangan yang diberikan oleh para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah mengenainya. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Muawiyah bin Hakam al-Sullami yang berbunyi[1]: " قَالَ: وَ كَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَىْ غَنَمًا لِيْ قَبْلَ أُحُدٍ وَ الْجُوَانِيَّةِ فَاطَّلَعَتْ ذَاتِ يَوْمٍ فَإِذَا الذِّئ...

Hari Valentine:PAS dan DAP

Hari ini adalah hari valentine.Saban tahun umat Islam diperingatkan supaya tidak menyambut Hari kekasih ini atas dua sebab: 1)Sejarah Valentine-seorang Kristian dengan kisah cintanya.Valentine dianggap sebagai mati syahid bagi Kristian.Apabila kita mengingatinya kita mengagungkan dan mendewakan seorang penganut Kristian. 2)Hari Valentin membawa kepada seks bebas dan pergaulan terlarang di kalangan muda mudi. Jadi sudah semestinya umat Islam menentang sambutan Hari Valentine.Syabas diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS melalui ketuanya, Ustaz Nasruddin Tantawi yang nak membanteras amalan sambutan hari Valentin di kalangan muda mudi Islam.Langkah ini wajar disokong seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik. Tiba2 hasrat ini ditentang DAP yang merupakan sekutu PAS.Ingin ditegaskan di sini kita tidak melarang bukan Islam daripada menyambut sambutan begini.Itu lu punya pasal la.Tetapi bagi umat Islam haram menyambut hari Valentin kerana berkaitan dengan akidah. DAP jangan campuri hal ehw...

Syarat wali Allah

قَوْلُهُ عَلَى وَلِيٍّ مِنَ الاَوْلِيَاءِ) قَالَ الْيُوْسِى نَقْلاً عَنْ بَعْضِ الأَئِمَّةِ لا يَكُوْنُ الشَّخْصُ وَلِيًّا إِلاَّ بِشُرُوْطٍ أَرْبَعَةٍ الأَوَّلُ أَنْ يَكُوْنَ عَارِفًا بِأُصُوْلِ الدِّيْنِ حَتَّى يَفْرِقَ بَيْنَ الْخَالِ قِ وَالْمَخْلُوْقِ وَ بَيْنَ النَّبِى وَالْمُتَنَبِّى أَىْ مُدَّعِى النُّبُوَّةِ الثَّانِى أَنْ يَكُوْنَ عَالِمًا بِأَحْكَامِ الشَّرِيْعَةِ نَقْلاً وَفَهْمًا بَحَيْثُ لَوْ أَذْهَبَ اللهُ عِلْمَ أَهْلِ الأَرْضِ لَوَجَدَ عِنْدَهُ، الثَّالِثُ أَنْ يَتَّصِفَ بِالْمَحْمُوْدِ مِنَ الأَوْصَافِ كَالْوَرَعِ وَالاِخْلاصِ فِىْ كُلِّ عَمَلٍ الرَّابِعُ أَنْ يُلاَزِمَ الْخَوْفَ أَبَدًا بِأَنْ لايَجِدُ طَمَأْ نِيْنَةً طَرْفَةَ عَيْنٍ إِذْ لا يَدْرِىْ أَهُوَ مِنْ فَرِيْقِ السَّعَادَةِ أَوْ مِنْ فَرِيْقِ الشَّقَاوَةِ". Maksudnya: "(Katanya ke atas wali daripada sekian para auliya’) telah berkata al-Yusi hal keadaan dia menaqal pendapat dari setengah para Imam, seseorg itu tidak dianggap wali melainkan setelah menepati 4 SYARAT: Yang PERTAMA: bahawa adalah wal...

Anti Hadis

Oleh : BAHEIS PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN ANTI HADITH TUJUAN Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Anti Hadith supaya orang-orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan kumpulan tersebut bahawa fahaman mereka adalah bercanggah dan terkeluar dari ajaran Islam. LATARBELAKANG Isu mengenai Anti Hadith di Malaysia bermula pada tahun 1986 ekoran daripada penulisan sebuah buku bertajuk "Hadis Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad. Di dalam buku tersebut, beliau cuba mengupas masalah perpecahan ummah dan menurutnya keimanan kepada Hadith sebagai sumber rujukan selepas Al-Quran adalah meniadi punca utama perpecahan ummah. Dengan demikian, beliau menggesa umat Islam supaya meninggalkan Hadith kerana menurut beliau Hadith adalah “ palsu " dan " omong-omong " yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan. Beliau sebaliknya menyarankan supaya umat Islam merujuk kepada Al...

Sunnah sebagai sumber hukum

Sumber2 hukum ialah: 1)Al-Quran dan Hadis.Ittifaq seluruh umat Islam akui sebagai sumber hukum melainkan anti Hadis( atas dasar inilah Imam Hassan al-Banna mengatakan sumber hokum adalah Quran n Sunnah untuk satukan umat Islam). 2)Ijmak dan qiyas.Ittifaq Jumhur ulama iaitu daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali. Golongan yang tak setuju dengan ijmak ialah an-Nizom daripada Muktazilah dan sebahagian Khawarij. Manakala yang tak setuju dengan qiyas pula ialah al-Jakfariah dan az-Zohiriah. 3)Dalil yang menjadi ikhtilaf antara ulama seperti uruf, istishab, istihsan, masolih mursalah dll. Ada setengah golongan menolak hadis untuk dijadikan hujah.Bagi golongan ni(yang kata guna Quran saja) kita sarankan buka dan fahami ayat2 berikut: 1)Surah an-Najm ayat 3&4 2)surah an-Nahl ayat 44 3)an-Nisa’ ayat 59 4)an-Nisa’ ayat 80 5)al-Hasyr ayat 7 6)an-Nisa’ 65 7)AL-Ahzab ayat 36