Posts

Tawassul - Syaikh Dahlan al-Kediri

Ikhwah, Syaikh Dahlan al-Kediri rhm., seorang ulama besar di Jawa, ada membicarakan persoalan ziarah kubur dan bertawassul dengan para wali dalam kitabnya "Sirajuth-Tholibin" yang merupakan syarah bagi kitab "Minhajul 'Abidin" karya Imam al-Ghazali r.a. Beliau membawa perkataan-perkataan berbagai ulama antaranya Quthubul-Habib 'Abdullah al-Haddad r.a. dan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. Pada mukasurat 466 - 467 jilid 1 kitab tersebut, antara lain, beliau menulis:- • Al-Quthub al-Habib 'Abdullah al-Haddad juga berkata bahawasanya para akhyar (orang pilihan) apabila mereka mati tidaklah hilang daripada mereka melainkan 'ain mereka (yakni jasad mereka) dan rupa bentuk mereka, sedangkan hakikat mereka tetap ada (yakni hakikat kehidupan mereka iaitu roh). Maka mereka adalah hidup di dalam kubur-kubur mereka. • Dan jika demikianlah keadaannya, seseorang wali itu hidup dalam kuburnya, maka sesungguhnya tidak hilang sesuatu daripada ilmuny...

Dr al-Buthi:Tawassul dan lain2 yang diingkari Wahabi

Berkata Dr Muhd Said Ramadhan al-Buthi dalam muqaddimah cetakan kedua kitab Fiqh Sirah: Telah aku dapati dalam petunjuk Rasulullah SAW dan amalan para sahabat yang menjelaskan tanpa ragu2 lagi disyariatkan tawassul dengan Rasulullah SAW sama ada sewaktu baginda masih hidup mahupun setelah wafat.Maka aku tetapkan perkara demikian dan aku bentangkan dalil2 dan bukti2. Dan aku dapati dalam sirah disyariatkan berdiri bagi memuliakan orang yang datang.Maka aku sebutkan dalilnya dan aku jelaskan apa yang disebut oleh ulama antara beza berdiri memuliakan tetamu yang baru datang dan berdiri kepada lelaki yang duduk dan apa yang diterangkan oleh sunnah dalam perkara tersebut.Kemudian aku tetapkan disyariatkan berdiri tersebut sekiranya menepati syarat2 yang diterangkan sunnah sohihah dan kaedah2 usul dan hukum2. Dan aku dapati juga dalam sirah disyariatkan mungqadha solat sama ada tertingga kerana terlupa ataupun sengaja.Aku bawakan dalilnya dan aku menetapkan berdasarkan dalil. Jikal...

Hakikat Tauhid

قال أبو عثمان المغربي لمحمد بن المحبوب يوما:يا محمد لو قال لك أحد أين معبودك ايش تقول؟قال قلت:أقول حيث لم يزل قال فان قال أين كان في الأزل ايش تقول؟قال قلت أقول حيث هو الآن يعني أنه كما كان ولا مكان فهو الآن كما كان قال فارتضى مني ذلك ونزع قميصه وأعطانيه . Berkata Abu Usman al-Maghribi kepada Muhammad b al-Mahbub suatu hari: Wahai Muhammad, jika bertanya seseorang kepadamu dimanakah Tuhan yang engkau sembah apa jawabmu?Muhammad menjawab Aku akan berkata Di mana tidak ada permulaan(azali).Kata Abu Usman lagi:Sekiranya ditanya Di mana dan bagaimana azali itu apa engkau jawab.Jawab Muhammad:Dia(Allah) sekarang sebagaimana sejak azali tidak bertempat dan masa begitu juga sekarang(yakni tidak perlu ditanya dimana Allah kerana Dia tidak mempunyai tempat dan zaman kerana Dia pencipta kepada setiap tempat dan masa). Kata Muhammad lagi:Maka Abu Usman redha dengan aku menjawab sedemikian dan mencabut qamisnya dan member kepada aku.

Sangkaan kepada Allah yang membawa kepada syirik

قال جعفر الصادق :من زعم أن الله في شيء أو من شيء أو على شيء فقد أشرك اذ لو كان علي شيء لكان محمولا ولو كان في شيء لكان محصورا ولو كان من شيء لكان محدثا Berkata Imam Jaafar as-Sodiq: “Barangsiapa yang menyangka bahawa Allah di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka ia telah syirik.Ini kerana jikalau Allah berada di atas sesuatu sudah tentu Dia ditangguh oleh sesuatu.Jika sekiranya Allah di dalam sesuatu tentu Dia terbatas(terhad). Jika Allah daripada sesuatu sudah tentu Dia baharu.

Lagi masalah darah istihadhah

Dalam kitab Ihatoh m/s 92-93, jenis pertama- Mubtada'ah ghaira mumayyazah.Iaitu yang belum datang haidh sebelumnya dan melebihi 15 hari serta tak mampu bezakan jenis darah.Maka ulama berselisih pendapat: 1)Haidhnya sehari semalam dan ini pendapat al-Asoh dalam mazhab Syafii dan sati riwayat daripada Imam Ahmad kerana inilah yang yakin manakala apa yang lebih adalah syak padanya maka bukanlah haidh.Dan sucinya dihukum 29 hari supaya sempurna pusingan sebulan. 2)Dia haidh 6@7 hari dan bakinya adalah suci.Ini pendapat Ato', al-Auza'i, ats-Tsauri,Ishaq, dan satu riwayat daripada Imam Ahmad dan sebahagian ulama mazhab Syafii seperti asy-Syirazi, Syeikh Abu Hamid, Al-Qadi Abu at-Tayyib, Salim ar-Razi, ar-Ruyani, asy-Syasyi berpendapat sebegini. 3)Pendapat mazhab Hanafi 10 hari haidh dan 20 hari suci.

Huraian masalah darah istihadhah

Saya ambil sikit dalam kitab al-Ihatoh fi Masailil Haidhi wan nifasi wal istihadhah m/s 92-94: "Apabila darah haidh melebihi 15 hari maka telah bercampur haidh dengan istihadhah dan bagi kes ini ada empat keadaan:1)Mubtadaah ghaira mumayya ... zah, 2)Mubtadaah Mumayyazah, 3)Mu'tadah ghaira mumayyazah, 4)Mu'tadah mumayyazah......... Hal kedua:Mubtadaah mumayyazah-iaitu tidak ada darah haidh yang maklum sebelum keluar darah istihadhah tersebut(kes baru).Seperti keluarnya haidh sehingga melebihi had maksimum haidh(15 hari). Namun demikian dia mampu untuk membezakan jenis darah dengan melihat kuat(pekat) atau lemah(merah biasa) seperti hitam(kuat) dan merah (lemah).Darah yang lemah sekalipun lama dikira istihadhah manakala yang kuat dikira haidh dengan 3 syarat: 1)Darah yang kuat tidak boleh kurang daripada tempoh minimum haidh(24 jam) 2)Janganlah darah yang kuat melebihi tempoh maksimum haidh(15 hari) 3)Darah yang lemah tidak kurang daripada tempoh minimum suci...

Darah Istihadhah

Sempena Ramadhan yang masuk fasa kedua ni, daku bawakan khas bagi muslimat mengenai istihadhah. Istihadhah dari segi syarak iaah darah yang keluar bukan pada waktu haidh dan nifas kerana penyakit atau kerosakan pada urat darah di hujung rahim. Ada 5 jenis istihadhah: 1) Darah yang keluar kurang daripada tempoh minimum haidh iaitu 24 jam. 2) Darah yang melebihi tempoh maksimum haidh iaitu 15 hari. 3) Darah yang keluar sebelum umur haidh atau selepas monopous. 4) Darah yang keluar lebih daripada waktu maksimum nifas iaitu 60 hari. 5) Darah yang lebih daripada kebiasaan haidh atau nifas dan melebihi tempoh maksimum kedua-duanya. Mengikut ilmu yang saya pelajari daripada seorang ustaz dari Kelantan, Tuan Syarifuddin cara mengira darah haidh dan istihadhah adalah seperti berikut: 1) Sekiranya darah keluar 20 hari misalnya, 10 hari yang pertama darah yang hitam adalah haidh. Manakala 10 hari seterusnya darah merah dikira istihadhah. 2) Sekiranya darah keluar selama 16 hari misalnya, 5 hari y...