Posts

Lagi masalah darah istihadhah

Dalam kitab Ihatoh m/s 92-93, jenis pertama- Mubtada'ah ghaira mumayyazah.Iaitu yang belum datang haidh sebelumnya dan melebihi 15 hari serta tak mampu bezakan jenis darah.Maka ulama berselisih pendapat: 1)Haidhnya sehari semalam dan ini pendapat al-Asoh dalam mazhab Syafii dan sati riwayat daripada Imam Ahmad kerana inilah yang yakin manakala apa yang lebih adalah syak padanya maka bukanlah haidh.Dan sucinya dihukum 29 hari supaya sempurna pusingan sebulan. 2)Dia haidh 6@7 hari dan bakinya adalah suci.Ini pendapat Ato', al-Auza'i, ats-Tsauri,Ishaq, dan satu riwayat daripada Imam Ahmad dan sebahagian ulama mazhab Syafii seperti asy-Syirazi, Syeikh Abu Hamid, Al-Qadi Abu at-Tayyib, Salim ar-Razi, ar-Ruyani, asy-Syasyi berpendapat sebegini. 3)Pendapat mazhab Hanafi 10 hari haidh dan 20 hari suci.

Huraian masalah darah istihadhah

Saya ambil sikit dalam kitab al-Ihatoh fi Masailil Haidhi wan nifasi wal istihadhah m/s 92-94: "Apabila darah haidh melebihi 15 hari maka telah bercampur haidh dengan istihadhah dan bagi kes ini ada empat keadaan:1)Mubtadaah ghaira mumayya ... zah, 2)Mubtadaah Mumayyazah, 3)Mu'tadah ghaira mumayyazah, 4)Mu'tadah mumayyazah......... Hal kedua:Mubtadaah mumayyazah-iaitu tidak ada darah haidh yang maklum sebelum keluar darah istihadhah tersebut(kes baru).Seperti keluarnya haidh sehingga melebihi had maksimum haidh(15 hari). Namun demikian dia mampu untuk membezakan jenis darah dengan melihat kuat(pekat) atau lemah(merah biasa) seperti hitam(kuat) dan merah (lemah).Darah yang lemah sekalipun lama dikira istihadhah manakala yang kuat dikira haidh dengan 3 syarat: 1)Darah yang kuat tidak boleh kurang daripada tempoh minimum haidh(24 jam) 2)Janganlah darah yang kuat melebihi tempoh maksimum haidh(15 hari) 3)Darah yang lemah tidak kurang daripada tempoh minimum suci...

Darah Istihadhah

Sempena Ramadhan yang masuk fasa kedua ni, daku bawakan khas bagi muslimat mengenai istihadhah. Istihadhah dari segi syarak iaah darah yang keluar bukan pada waktu haidh dan nifas kerana penyakit atau kerosakan pada urat darah di hujung rahim. Ada 5 jenis istihadhah: 1) Darah yang keluar kurang daripada tempoh minimum haidh iaitu 24 jam. 2) Darah yang melebihi tempoh maksimum haidh iaitu 15 hari. 3) Darah yang keluar sebelum umur haidh atau selepas monopous. 4) Darah yang keluar lebih daripada waktu maksimum nifas iaitu 60 hari. 5) Darah yang lebih daripada kebiasaan haidh atau nifas dan melebihi tempoh maksimum kedua-duanya. Mengikut ilmu yang saya pelajari daripada seorang ustaz dari Kelantan, Tuan Syarifuddin cara mengira darah haidh dan istihadhah adalah seperti berikut: 1) Sekiranya darah keluar 20 hari misalnya, 10 hari yang pertama darah yang hitam adalah haidh. Manakala 10 hari seterusnya darah merah dikira istihadhah. 2) Sekiranya darah keluar selama 16 hari misalnya, 5 hari y...

Usul Pertama Imam Hassan al-Banna(Siri 2)

Terdapat dalil umum dan terperinci tentang kesyumulan Islam.Antara dalil umumnya ialah firman Allah dalm surah an-Nahl:89 89. (Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. Apabila kita mengkaji Quran dan Sunnah kita dapati banyak ayat2 dan hadis menceritakan tentang akidah, ibadat dan akhlak ... dan berhukum dengan apa yang diturunkan Allah ... serta jihad dan urusan harta dan perniagaan ... bahkan seluruh sistem kehidupan. Dalam surah al-Baqarah:178: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh" surah al-Baqarah:180: "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia me...

Risalah Israk Mikraj(1)

Pendahuluan Ulama’ berselisih pendapat tentang tarikh sebenar Israk Mikraj.Mengikut sebahagian ulama’, tarikh sebenar Israk dan Mikraj adalah 27 Rabiul Awal dan bukannya 27 Rejab. Jadi dari manakah sandaran sambutan umat Islam di Malaysia setiap tahun khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Mengikut sejarah,pembebasan Baitul Maqdis kali kedua yang dilakukan oleh Sallahuddin al-Ayyubi berlaku pada 26 Rejab.Maka beliau menyuruh tenteranya untuk membersihkan Masjidil Aqsa yang dijadikan kandang babi dan lembu oleh tentera Rom.Kemuadian pada malam 27 Rejab beliau meminta seorang ulama’ untuk berceramah bagi meraikan hari bersejarah tersebut. Jadi sepatutnya 27 Rejab pada setiap tahun bukan sekadar sambutan Israk Mikraj.Malah lebih dari itu disambut Hari Pembebasan Baitul Maqdis.Namun begitu, persoalan tarikh ini tidak perlu diperdebatkan.Apa yang lebih penting ialah iktibar yang dapat diambil. Risalah ini menpunyai 2 bab. Bab 1:Tafsir ayat per...

Usul Pertama Imam Hassan al-Banna

“Islam adalah cara hidup yang syumul meliputi seluruh kehidupan, maka ia adalah Negara dan tanah air ataupun kerajaan dan rakyat.Ia juga akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan.Ia juga thaqafah dan qanun atau ilmu dan perundangan.Ia juga kebendaan dan harta ataupun usaha dan kekayaan.Ia juga jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan pemikiran.Sebagaimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih”. Usul ini adalah berkenaan hakikat penting daripada hakikat2 Islam iaitu “kesyumulan Islam meliputi seluruh kehidupan”.Hakikat ini terang-terangan diketahui oleh orang yang mempunyai kesedaran dan pemahaman tentang Islam.Dalil2 syumulnya Islam daripada kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya tidak terhitung banyaknya. Namun begitu, perkara ini dipandang amat ganjil di sisi masyarakat Islam sewaktu Imam al-Banna menyatakan seruannya ini.Hatta di Negara kita pun terdapat orang yang memperlekehkan hokum Islam sehingga terdengar suara yang mengatakan perkataan politik mest...

Ke arah Kesatuan Umat Islam

Kita kena kembali seperti umat Islam dulu kala.Mereka bersatu dalam 5 perkara: 1)Kesatuan akidah di bawah kalimah syahadah.Alhamdulillah saya nampak umat Islam zaman sekarang boleh bersatu dengan kalimah ini. 2)Kesatuan syariat-semua 4 mazhab menerima Quran, Sunnah, Ijmak ulamak dan qiyas yang nyata sebagai sumber hukum.Tak seperti sekarang. Sudah ada suara2 hanya berpegang Quran dan Hadis Sohih saja.Ijmak ulamak dan qiyas ditolak mentah2.Malah al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas tak dijadikan sumber perundangan.Ada negara Islam yang ambil British Law dan ada yang ambil Fance Law. 3)Kesatuan tamadun. 4)Kesatuan umat-tidak ada beza antara Arab, Melayu, Eropah, Cina India dll selagi mereka Islam. 5)Kesatuan negara Islam.Seluruh negara Islam memberi taat setia kepada khalifah yang satu bermula Khulafa' Rasyidin, umawiyah, Abbasiah dan berakhir dengan Usmaniyah pada awal 1920-an.Selepas itu negara2 umat Islam dipecahkan penjajah dan masing2 membawa haluan dan hala tuju yang berlainan. Ke...