Posts

Sifat 20

Ulama Al-Asya'irah menetapkan 20 sifat bagi Allah s.w.t. yang wajib diketahui dan diimani oleh kita, kerana ianya tekandung dalam dalil-dalil qot'ie (yang kuat lagi jelas) samada dalil tersebut adalah dalil naqli (dari Al-Qur'an dan As-Sunnah) mahupun dalil aqli (dari hukum akal yang sejahtera/waras). 20 sifat yang asas tersebut merupakan sifat bagi zat Allah s.w.t., samada dalam bentuk sifat wujudiyah, sifat-sifat salbiyah, sifat-sifat ma'ani dan sifat-sifat ma'nawiyah. Adapun selain daripada sifat-sifat yang 20 tersebut, yang disebutkan dalam Al-Qur'an, maka samada ianya kembali kepada 20 sifat asas tersebut (seperti sifat redha dan murka kembali kepada sifat iradah itu sendiri) ataupun merupakan sifat-sifat perbuatan (sifat af'aal) bagi Allah s.w.t. seperti Maha Mencipta dan sebagainya. Adapun hakikat Allah s.w.t., nama-namaNya dan sifat-sifatNya tiada penghujungNya dan tiada siapa yang mampu menjangkau keseluruhan hakikat Nya dan sifat-sifatNya. (r...

Takwa adalah sebab kebahagiaan dan kejayaan

Image
Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 87:"Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) dari pada Allah ?".FirmanNya lagi dalam surah an-Nisa' ayat 122:"Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah ?" Firman Allah lagi dalam surah Ali Imran ayat 102-105:"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada...

Perkara2 Yang Membatalkan Puasa

Perkara2 yag membatalkan puasa itu 10 perkara:- 1-Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengajajika sedikit sekalipun.Di antaranya menelan kahak selepas ia keluar kepada had yang zahir iaitu makhraj ha’.Dan seperti tahi sembelit(tahi yang keras) yang telah keluar sebahagiannya maka tiba2 yang keluar itu masuk semula.Tetapi tidak batal puasa menelan air liur yang keluar daripada tempatnya jika suci dan tidak bercampur dengan benda lain.Bersalahan jika dikeluarkan air liur itu atas zahir bibir mulutnya atau bercampur dengan benda2 lain(samaada suci atau najis) seperti makanan yang lekat di celah2 gigi kemudian ditelannya maka batal puasanya.Dan jika dihimpunkan air liurnya atas lidahnya kemudian dikeluarkan (dijelirkan) lidahnya dan ditelannya tidaklah batal puasanya. Dan dimaafkan pada orang yang dibalakan(mengidap) dengan penyakit berdarah gusinya dalam puasa jika menelan ia air liurnya yang bercampur dengan dengan darah daripada gusinya.Dan tidak batal puasa jika termasuk um...

Hukum Beramal dengan Hadis Dhaif

Para ulama berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif. Ringkasnya ada tiga golongan: GOLONGAN PERTAMA Hadis dhaif TIDAK BOLEH DIGUNAKAN walaupun untuk tarqib (galakan),tarhib (menakut-nakutkan),fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah berjaga-jaga. Ini merupakan pendapat IMAM BUKHARI dan MUSLIM yang disokong oleh Abu Bakar al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri) dan lain-lain. GOLONGAN KEDUA Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan dan lain-lain. Ini adalah pendapat IMAM AHMAD, IBNU TAIMIYYAH dan IBNU QAYYIM. Kata Imam Ahmad: " Hadis dahif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang." GOLONGAN KETIGA Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan, kisah-kisah, galakan dan sebagainya. Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan hukum-hakam. Ini ada...

Tareqat tasauf

Apakah hukumnya seseorang muslim itu terlibat dalam tarekat sufiah? Adakah tidak memadai kita menggunakan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiah semata-mata? Seringkali saya terfikir untuk melibatkan diri dalam tarekat kesufian ini, tapi tidak ada pihak yang saya yakini untuk membuat rujukan. Semenjak diperkenalkan ruangan Mimbar Ulama' ini, saya terpanggil untuk mengemukakan soalan tersebut. Saya amat mengharapkan pihak Dewan Ulama' PAS dapat membantu saya dalam hal ini. Terima kasih. Abdullah Abdul RahmanNegeri Sembilan Soalan yang dikemukakan ini agak hampir dengan satu soalan yang pernah dikemukakan kepada Mufti Kerajaan Mesir iaitu Prof. Dr. Ali Jumaah. Mimbar Ulama' akan cuba mengemukakan jawapan yang dinyatakan oleh beliau dan akan memberikan kesimpulannya, InsyaAllah. Teks terjemahan: Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Hendaklah kamu meny...

Cadangan Membina Lebih Banyak Maahad Tahfiz Sains

SHAH ALAM, 4 Jun - Sidang Muktamar Dewan Ulamak PAS sebentar tadi tidak lepas membincangkan pendidikan di malaysia. Memandang berat Pendidikan sekular kini sudah tidak diterima oleh rakyat yang mana masalah akhlak dan sikap kanak-kanak tidak dapat dibendung oleh pendidikan sekarang. Dewan Ulamak PAS Perlis melalui perwakilannya hari ini mencadangkan bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat perlulah membina lebih banyak lagi Maahad Tahfiz Sains seperti mana yang dijalankan di Kelantan sekarang, "sekurang-kurangnya satu negeri mempunyai empat buah Maahad Tahfiz Sains memandangkan masyrakat sekarang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang berpaksikan Islam," tambah wakil .

Kelebihan ilmu

Firman Allah taala yang bermaksud:”Mengangkatkan Allah taala akan mereka yang percaya dengan Allah taala daripada kamu dan mereka yang diberi akan dia ilmu akan beberapa pangkat yang tinggi”. Al-Mujadalah:11 Kata Sayyidina Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma:”Bagi ulama itu ada beberapa pangkat di atas pangkat mukminin lainnya dengan 700 pangkat,yang antara tiap-tiap dua pangkat itu perjalanan 500 tahun” Dan firman Allah taala yang bermaksud:”Hanyasanya yang takut akan Allah taala itu daripada hambaNya itu iaitu ulama”.(Fatir:28) Sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam:”Segala ulama itu mempusakai mereka itu akan Anbia”.(riwayat Abu Daud,at-Tirmizi dan Ibnu Hibban). Dan sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam:” Yang terlebih afdhal daripada sekalian manusia itu iaitu orang mukmin yang alim.Jika dikehendaki orang kepadanya nescaya member manfaat ia akan dia.Dan jika dikayakan daripadanya(tidak diperlukan)nescaya mengkayakan ia akan dirinya”.(riwayat al-Baihaqi). Dan sabda Nabi shalla...