Posts

Perkara2 Yang Membatalkan Puasa

Perkara2 yag membatalkan puasa itu 10 perkara:- 1-Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengajajika sedikit sekalipun.Di antaranya menelan kahak selepas ia keluar kepada had yang zahir iaitu makhraj ha’.Dan seperti tahi sembelit(tahi yang keras) yang telah keluar sebahagiannya maka tiba2 yang keluar itu masuk semula.Tetapi tidak batal puasa menelan air liur yang keluar daripada tempatnya jika suci dan tidak bercampur dengan benda lain.Bersalahan jika dikeluarkan air liur itu atas zahir bibir mulutnya atau bercampur dengan benda2 lain(samaada suci atau najis) seperti makanan yang lekat di celah2 gigi kemudian ditelannya maka batal puasanya.Dan jika dihimpunkan air liurnya atas lidahnya kemudian dikeluarkan (dijelirkan) lidahnya dan ditelannya tidaklah batal puasanya. Dan dimaafkan pada orang yang dibalakan(mengidap) dengan penyakit berdarah gusinya dalam puasa jika menelan ia air liurnya yang bercampur dengan dengan darah daripada gusinya.Dan tidak batal puasa jika termasuk um...

Hukum Beramal dengan Hadis Dhaif

Para ulama berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif. Ringkasnya ada tiga golongan: GOLONGAN PERTAMA Hadis dhaif TIDAK BOLEH DIGUNAKAN walaupun untuk tarqib (galakan),tarhib (menakut-nakutkan),fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah berjaga-jaga. Ini merupakan pendapat IMAM BUKHARI dan MUSLIM yang disokong oleh Abu Bakar al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri) dan lain-lain. GOLONGAN KEDUA Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan dan lain-lain. Ini adalah pendapat IMAM AHMAD, IBNU TAIMIYYAH dan IBNU QAYYIM. Kata Imam Ahmad: " Hadis dahif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang." GOLONGAN KETIGA Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan, kisah-kisah, galakan dan sebagainya. Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan hukum-hakam. Ini ada...

Tareqat tasauf

Apakah hukumnya seseorang muslim itu terlibat dalam tarekat sufiah? Adakah tidak memadai kita menggunakan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiah semata-mata? Seringkali saya terfikir untuk melibatkan diri dalam tarekat kesufian ini, tapi tidak ada pihak yang saya yakini untuk membuat rujukan. Semenjak diperkenalkan ruangan Mimbar Ulama' ini, saya terpanggil untuk mengemukakan soalan tersebut. Saya amat mengharapkan pihak Dewan Ulama' PAS dapat membantu saya dalam hal ini. Terima kasih. Abdullah Abdul RahmanNegeri Sembilan Soalan yang dikemukakan ini agak hampir dengan satu soalan yang pernah dikemukakan kepada Mufti Kerajaan Mesir iaitu Prof. Dr. Ali Jumaah. Mimbar Ulama' akan cuba mengemukakan jawapan yang dinyatakan oleh beliau dan akan memberikan kesimpulannya, InsyaAllah. Teks terjemahan: Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Hendaklah kamu meny...

Cadangan Membina Lebih Banyak Maahad Tahfiz Sains

SHAH ALAM, 4 Jun - Sidang Muktamar Dewan Ulamak PAS sebentar tadi tidak lepas membincangkan pendidikan di malaysia. Memandang berat Pendidikan sekular kini sudah tidak diterima oleh rakyat yang mana masalah akhlak dan sikap kanak-kanak tidak dapat dibendung oleh pendidikan sekarang. Dewan Ulamak PAS Perlis melalui perwakilannya hari ini mencadangkan bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat perlulah membina lebih banyak lagi Maahad Tahfiz Sains seperti mana yang dijalankan di Kelantan sekarang, "sekurang-kurangnya satu negeri mempunyai empat buah Maahad Tahfiz Sains memandangkan masyrakat sekarang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang berpaksikan Islam," tambah wakil .

Kelebihan ilmu

Firman Allah taala yang bermaksud:”Mengangkatkan Allah taala akan mereka yang percaya dengan Allah taala daripada kamu dan mereka yang diberi akan dia ilmu akan beberapa pangkat yang tinggi”. Al-Mujadalah:11 Kata Sayyidina Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma:”Bagi ulama itu ada beberapa pangkat di atas pangkat mukminin lainnya dengan 700 pangkat,yang antara tiap-tiap dua pangkat itu perjalanan 500 tahun” Dan firman Allah taala yang bermaksud:”Hanyasanya yang takut akan Allah taala itu daripada hambaNya itu iaitu ulama”.(Fatir:28) Sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam:”Segala ulama itu mempusakai mereka itu akan Anbia”.(riwayat Abu Daud,at-Tirmizi dan Ibnu Hibban). Dan sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam:” Yang terlebih afdhal daripada sekalian manusia itu iaitu orang mukmin yang alim.Jika dikehendaki orang kepadanya nescaya member manfaat ia akan dia.Dan jika dikayakan daripadanya(tidak diperlukan)nescaya mengkayakan ia akan dirinya”.(riwayat al-Baihaqi). Dan sabda Nabi shalla...
ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT PENJELASAN AKIDAH ISLAM "ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT" OLEH DR. SYEIKH SALEEM 'ALWAN AL-HASANIY (SEORANG ULAMA BERKETURUNAN RASULULLAH) DITERJEMAH OLEH USTAZ RASYIQ ALWI http://www.ustaz-rasyiq.blogspot.com/ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah Tuhan Sekalian alam. Alhamdulillah telah memberi hidayah kepada kita semua, jika bukan dengan pemberian hidayah Allah kepada kita, kita semua tidak akan mendapat hidayah kecuali Allah menetapkan hidayah kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad Rasulullah,ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikut baginda. Maka disini Kami katakan: Wahai seluruh umat Islam! Ketahuilah sesungguhnya kepercayaan bahawa "Allah ta'ala wujud tanpa bertempat" merupakan akidah junjungan besar kita Nabi Muhammad, para sahabat, ahlil bait baginda dan semua yang mengikut mereka dengan kebaikan. ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT. Ini kerana Allah ta'ala tidak me...

Ilmu Yang Memberi Manfaat dan Kelebihannya.

Kata Imam al-Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah:”Dan ilmu yang member manfaat itu iaitu barang yang menambah takutmu akan Allah taala dan menambah pula di dalam penglihatan hatimu dengan kecelaan dirimu dan menambah pula di dalam pengenalanmu akan ibadah kepada Tuhanmu yang Maha Mulia dan yang Maha Tinggi.Dan mengurangkan akan gemarmu kepada dunia dan menambah gemarmu kepada akhirat.Dan membukakan ia akan mata hatimu dengan yang membinasakan akan amalmu hingga engkau memelihara diri daripadanya dan melihatkan ia akan dikau atas tipu syaitan dan perdayanya” Kata setengah Arifin BILLAH:”Barangsiapa tiada baginya daripada ilmu kaum ini,yakni ilmu tasawuf nescaya ditakuti atasnya su’ul khatimah yakni mati di dalam maksiat”. Kata Syeikh Abu Hasan asy-Syazili:”Barangsiapa tiada masuk lagi tiada mahir di dalam ilmu ini,yakni ilmu tasawuf nescaya mati ia padahal ia mengekali atas beberapa dosa yang besar padahal ia tiada mengetahui akan yang demikian itu”. Kata Syekh Ibni Abbad dalam syarah...