Posts

Ciri-Ciri Golongan Salafiyah Wahhabiyyah.

Golongan yang menamakan diri mereka sebagai golongan Salafi sering bersikap berlawanan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Di antara sikap-sikap mereka ialah: 1) Sering membida'ahkan amalan umat Islam bahkan sampai mengkafirkan mereka. 2) Menganggap diri sebagai Mujtahid atau berlagak sepertinya (Walaupun tidak layak). 3) Sering mengambil hukum secara langsung dari Al-Quran dan Hadith. (Walaupun tak layak). 4) Sering memperlekehkan ulama' pondok dan golongan agama yang lain. 5) Ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsirkan kepada orang Islam. 6) Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal). 7) Menolak dengan beramal dengan Hadith dhaif. 8) Penilaian hadith yang tidak sama dengan ulama hadith yang lain. 9) Mengagung-agungkan Nasiruddin Al-Bani di dalam bidang hadith sedangkan beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-gurunya dalam bidang hadith.Umum mengetahui Nasiruddin al-Alba...

Kesesatan Wahabi

Kepada sesiapa yang terpedaya dengan wahabi di sini aku senaraikan 5 daripada kesesatan mereka. 1]Wahabi menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang.Mereka berkata; Allah duduk di atas kursi.Rujuk kitab mereka Fathul Majid, karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul Wahab m/s 356.Sedangkan Maha Suci Allah daripada bersifat duduk atau bersemayam.Menganggap atau mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy atau di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk.Dalilnya firman Allah Taala dalam surah Asyura ayat 11 yang bermaksud; Dia[Allah] tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhluknya baik dari satu segi mahupun dari semua segi dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya. 2]Ibnu Baz[pemimpin Wahabi] berkata; penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah sesuatu yang dicela.Kitabnya Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwala Sifat m/s 19.Sedangkan Maha Suci Allah daripada anggota dan jisim.Allah Taala tidak sama dengan makhlukNya.Dia tidak mem...

PENGAKUAN ULAMA BESAR FIQH TENTANG TASSAWUF DAN ULAMA SUFI

Imam Abu Hanifa (81-150 H./700-767 CE) Imam Abu Hanifa (r) (85 H.-150 H) berkata, “Jika tidak karena dua tahun, saya telah celaka. Karena dua tahun saya bersama Sayyidina Ja’far as-Sadiq dan mendapatkan ilmu spiritual yang membuat saya lebih mengetahui jalan yang benar”. Ad-Durr al-Mukhtar, vol 1. p. 43 bahwa Ibn ‘Abideen said, “Abi Ali Dakkak, seorang sufi, dari Abul Qassim an-Nasarabadi, dari ash-Shibli, dari Sariyy as-Saqati dari Ma’ruf al-Karkhi, dari Dawad at-Ta’i, yang mendapatkan ilmu lahir dan batin dari Imam Abu Hanifa (r), yang mendukung jalan Sufi.” Imam berkata sebelum meninggal: lawla sanatan lahalaka Nu’man, “Jika tidak karena dua tahun, Nu’man (saya) telah celaka.” Itulah dua tahun bersama Ja’far as-Sadiq Imam Malik (94-179 H./716-795 CE) Imam Malik (r): “man tassawaffa wa lam yatafaqah faqad tazandaqa wa man tafaqaha wa lam yatsawwaf faqad fasadat, wa man tafaqaha wa tassawafa faqad tahaqqaq. (Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasauf tanpa fikh maka dia telah zindi...

Kedatangan Imam Mahdi

Saya sarankan bacalah buku Kiamat hampir tiba karya Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam[Abu Ali Al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.Diceritakan dengan jelas tentang Imam Mahdi, Dajal dan penurunan Nabi Isa. Antara dalil kedatangan Imam Mahdi ialah riwayat daripada Abdullah b Mas'ud r.r berkata: Rasulullah saw bersabda: Dunia tidak akan hilang [kiamat] sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku yang namanya sama dengan namaku.-h r Tirmizi Tanda-tanda Imam Mahdi akan di baiah; 1]Munculnya sebuah bintang yang berekor di ufuk timur dan bintang ini akan kelihatan di atas langit selama 3 malam atau 7 malam berturut-turut. 2]Gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadhan dan gerhana matahari pada pertengahan bulan, di mana peristiwa yang seumpama ini belum pernah berlaku sepanjang sejarah dunia. 3]Kemudian di musim haji pada tahun itu akan berlaku huru-hara sehingga sampai terjadi bunuh-membunuh di kawasan Mina dan darah pun akan mengalir di sekitar Jumrah al-Aqabah.Da...

Pengertian tasauf dan tareqat

Pengertian tasawwuf dan tareqat perkataan Syeikh Ali Jumaah Ulamak Mesir yang terkenal mengenai pengertian tasawwuf dan tareqat sebagai panduan buat kita semua : Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu". Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri. Tarekat sufiah pula ialah sebuah madrasah yang menyempurnakan melaluinya penyucian jiwa dan pembentukan peribadi. Syeikh pula sebagai pembimbing atau guru yang bersama-sama dengan muridnya. Jiwa manusia secara tabiatnya tera...

Syeikh Abdul Wahab Rokan

Syeikh Abdul Wahab Rokan, Ulama Tarekat Yang Berwibawa Babussalam, Langkat, Sumatera Timur adalah merupakan pusat penyebaran Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah yang terbesar di Sumatera sesudah aktiviti Syeikh Ismail bin Abdullah al- Minankabawi. Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Babussalam tersebut pada satu ketika sangat terkenal hingga ke Semenanjung Tanah Melayu terutama Johor dan Singapura. Namanya ketika kecil ``Abul Qasim'', digelar juga dengan ``Faqih Muhammad''. Nama lengkap Syeikh Abdul Wahhab bin `Abdul Manaf bin Muhammad Yasin bin Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai. Lahir 10 Rabiulakhir 1242 H/11 November 1826 M). Wafat di Babussalam, Langkat, pada hari Jumaat, 21 Jamadilawal 1345 H/26 Disember 1926 M. Moyangnya Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai adalah seorang ulama besar dan golongan raja-raja yang sangat berpengaruh pada zamannya. Pendidikan Selain pendidikan dari lingkungan keluarga sendiri Abdul Wahhab belajar kepada Tuan Guru Haji Abdul...

Politik munafik

Abdullah b ubai, ketua puak munafik di Madinah sebelum hijratul Rasul SAW dijanjikan jawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar Madinah.Namun apabila baginda tiba di Madinah, baginda dilantik sebagai pemimpin oleh kaum Ansar.Jadi anak ubai ni menaruh dendam kesumat terhadap Islam amnya dan Rasulullah khasnya.Untuk menyembunyikan apa yang ada dalam hatinya dia berpura-pura memeluk Islam untuk mengelakkan dikenakan jizyah dan juga untuk mendapat habuan dunia seperti harta ghanimah. Dalam peperangan Bani Mustoliq, berlaku sedikit perselisihan antara seorang ansor dengan seorang muhajirin.anak ubai ambil kesempatan ini dengan mengatakan; Demi Allah. sekembalinya kami ke Madinah orang2 mulia[munafik] akan mengeluarkan daripadanya orang2 hina[mukminin].Sebagaimana termaktub dalam surah al-munafiqun ayat 8; Mereka[munafik] berkata lagi; demi sesungguhnya jika kita kembali ke madinah dari medan perang,sudah tentu orang2 yang mulia lagi kuat[munafik] akan mengusir keluar dari Madinah orang2...