Posts

PENGAKUAN ULAMA BESAR FIQH TENTANG TASSAWUF DAN ULAMA SUFI

Imam Abu Hanifa (81-150 H./700-767 CE) Imam Abu Hanifa (r) (85 H.-150 H) berkata, “Jika tidak karena dua tahun, saya telah celaka. Karena dua tahun saya bersama Sayyidina Ja’far as-Sadiq dan mendapatkan ilmu spiritual yang membuat saya lebih mengetahui jalan yang benar”. Ad-Durr al-Mukhtar, vol 1. p. 43 bahwa Ibn ‘Abideen said, “Abi Ali Dakkak, seorang sufi, dari Abul Qassim an-Nasarabadi, dari ash-Shibli, dari Sariyy as-Saqati dari Ma’ruf al-Karkhi, dari Dawad at-Ta’i, yang mendapatkan ilmu lahir dan batin dari Imam Abu Hanifa (r), yang mendukung jalan Sufi.” Imam berkata sebelum meninggal: lawla sanatan lahalaka Nu’man, “Jika tidak karena dua tahun, Nu’man (saya) telah celaka.” Itulah dua tahun bersama Ja’far as-Sadiq Imam Malik (94-179 H./716-795 CE) Imam Malik (r): “man tassawaffa wa lam yatafaqah faqad tazandaqa wa man tafaqaha wa lam yatsawwaf faqad fasadat, wa man tafaqaha wa tassawafa faqad tahaqqaq. (Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasauf tanpa fikh maka dia telah zindi...

Kedatangan Imam Mahdi

Saya sarankan bacalah buku Kiamat hampir tiba karya Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam[Abu Ali Al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.Diceritakan dengan jelas tentang Imam Mahdi, Dajal dan penurunan Nabi Isa. Antara dalil kedatangan Imam Mahdi ialah riwayat daripada Abdullah b Mas'ud r.r berkata: Rasulullah saw bersabda: Dunia tidak akan hilang [kiamat] sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku yang namanya sama dengan namaku.-h r Tirmizi Tanda-tanda Imam Mahdi akan di baiah; 1]Munculnya sebuah bintang yang berekor di ufuk timur dan bintang ini akan kelihatan di atas langit selama 3 malam atau 7 malam berturut-turut. 2]Gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadhan dan gerhana matahari pada pertengahan bulan, di mana peristiwa yang seumpama ini belum pernah berlaku sepanjang sejarah dunia. 3]Kemudian di musim haji pada tahun itu akan berlaku huru-hara sehingga sampai terjadi bunuh-membunuh di kawasan Mina dan darah pun akan mengalir di sekitar Jumrah al-Aqabah.Da...

Pengertian tasauf dan tareqat

Pengertian tasawwuf dan tareqat perkataan Syeikh Ali Jumaah Ulamak Mesir yang terkenal mengenai pengertian tasawwuf dan tareqat sebagai panduan buat kita semua : Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu". Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri. Tarekat sufiah pula ialah sebuah madrasah yang menyempurnakan melaluinya penyucian jiwa dan pembentukan peribadi. Syeikh pula sebagai pembimbing atau guru yang bersama-sama dengan muridnya. Jiwa manusia secara tabiatnya tera...

Syeikh Abdul Wahab Rokan

Syeikh Abdul Wahab Rokan, Ulama Tarekat Yang Berwibawa Babussalam, Langkat, Sumatera Timur adalah merupakan pusat penyebaran Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah yang terbesar di Sumatera sesudah aktiviti Syeikh Ismail bin Abdullah al- Minankabawi. Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Babussalam tersebut pada satu ketika sangat terkenal hingga ke Semenanjung Tanah Melayu terutama Johor dan Singapura. Namanya ketika kecil ``Abul Qasim'', digelar juga dengan ``Faqih Muhammad''. Nama lengkap Syeikh Abdul Wahhab bin `Abdul Manaf bin Muhammad Yasin bin Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai. Lahir 10 Rabiulakhir 1242 H/11 November 1826 M). Wafat di Babussalam, Langkat, pada hari Jumaat, 21 Jamadilawal 1345 H/26 Disember 1926 M. Moyangnya Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai adalah seorang ulama besar dan golongan raja-raja yang sangat berpengaruh pada zamannya. Pendidikan Selain pendidikan dari lingkungan keluarga sendiri Abdul Wahhab belajar kepada Tuan Guru Haji Abdul...

Politik munafik

Abdullah b ubai, ketua puak munafik di Madinah sebelum hijratul Rasul SAW dijanjikan jawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar Madinah.Namun apabila baginda tiba di Madinah, baginda dilantik sebagai pemimpin oleh kaum Ansar.Jadi anak ubai ni menaruh dendam kesumat terhadap Islam amnya dan Rasulullah khasnya.Untuk menyembunyikan apa yang ada dalam hatinya dia berpura-pura memeluk Islam untuk mengelakkan dikenakan jizyah dan juga untuk mendapat habuan dunia seperti harta ghanimah. Dalam peperangan Bani Mustoliq, berlaku sedikit perselisihan antara seorang ansor dengan seorang muhajirin.anak ubai ambil kesempatan ini dengan mengatakan; Demi Allah. sekembalinya kami ke Madinah orang2 mulia[munafik] akan mengeluarkan daripadanya orang2 hina[mukminin].Sebagaimana termaktub dalam surah al-munafiqun ayat 8; Mereka[munafik] berkata lagi; demi sesungguhnya jika kita kembali ke madinah dari medan perang,sudah tentu orang2 yang mulia lagi kuat[munafik] akan mengusir keluar dari Madinah orang2...

Asal kejadian

Image
Allah mula2 menjadikan cahaya atau nur yang digelar dengan Nur Muhammad SAW dari nur sifat JamalNya[keindahanNya].Nabi Muhd SAW pernah bersabda bahawa yang awal dijadikan Allah ialah roh Muhammad.Ia dijadikan dari cahaya ketuhanan.Selanjutnya Nabi bersabda bahawa yang mula2 dijadikan ialah Qalam[pena] dan juga sabdanya bahawa yang paling awal dijadikan ialah akal. Sekarang tahulah kita bahawa yang awal dijadikan Allah ialah satu realiti yang ghaib dan bersifat kerohanian yang dinamakan nur,roh,qalam dan akal.Ia adalah suatu realiti yang mempunyai berbagai nama menurut fungsinya dan dari sudut mana kita memandang. Realiti yang batin atau ghaib ini digelar oleh orang2 sufi sebagai Haqiqatul Muhammadiah.Realiti atau hakikat ini digelar dengan banyak nama.Ianya digelar nur atau cahaya kerana ia bebas dan bersih dari segala kegelapan.Ataupun ia digelar nur kerana dengan adanya cahaya tersebut segala kegelapan hilang musnah. Hakikat ini juga digelar 'aqlul kull[akal semesta] kerana ia ta...

Sedarkan diri sebelum terlambat

Ayuhai orang yang menjauhkan diri dari al-Haq. Ayuhai orang yang melarikan diri dari syariat. Ayuhai orang yang tidak mempedulikan agama. Ayuhai penghuni bumi yang suka menurutkan hawa nafsu. Ayuhai orang yang menyembah Ghairullah. Ayuhai orang yang melupakan Allah. Kamu sekelian tidak akan terlepas dari hukuman Allah, Tuhan yang kuasaNya meliputi segala sesuatu dari yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya.Datanglah dengan merendahkan diri kepada Allah.Pohonlah rahmat daripadaNya.Mintalah segala yang baik daripadaNya.Bertaubatlah kepadaNya jika kamu telah berdosa.Ingatlah dengan memperbanyak berzikir kepadaNya.Sembahlah Dia dengan khusyuk dan kerendahan diri.Nescaya Dia akan memberikan kepada kamu segala apa yang dicita-citakan itu. Tetapi semua itu mestilah dilakukan dengan penuh ikhlas dengan membelakangi semua tuntutan hawa nafsu kamu kerana hawa nafsu itu akan menarik kamu jauh daripada Allah.Sedang segala urusan yang dibuat tidak menggantungkan harapan kepada Allah tent...