Adakah Boleh Berhujah Dengan Qadha dan Qadar?

Persoalan tentang bolehkah berhujah dengan qadha dan qadar, ada tiga perbahasan hukum mengikut keadaan sama ada tidak boleh, boleh malah ada ketikanya hukumnya menjadi wajib. Pertama: Tidak harus berhujah dengan qadha dan qadar dalam dua situasi. Situasi pertama: Berhujah dengan qadha dan qadar sebelum berlaku agar dapat melakukannya. Contohnya seseorang berkata: “Allah telah mentaqdirkan kepadaku berzina” sebagai tujuannya dengan demikian itu untuk membolehkannya melakukan zina. Situasi kedua: Berhujah selepas berlakunya maksiat dengan tujuan untuk melepaskan diri daripada pembalasannya. Contohnya apabila disabitkan bersalah melakukan zina lalu dia berkata: “Allah telah mentaqdirkan demikian itu kepadaku” tujuannya agar terlepas daripada hukuman hudud. Hal kedua: Berhujah dengan qadha dan qadar selepas terjadi untuk menolak kecaman sahaja, maka tidak mengapa. Dalam suatu hadis: تَحَاجَّ آدَمُ وَمُوسَى، فَقَالَ لَهُ مُوسَى: أَنْتَ آدَمُ الَّذِي أَغْوَيْتَ النَّاسَ وَأَخ...