Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
Perkara2 yag membatalkan puasa itu 10 perkara:- 1-Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengajajika sedikit sekalipun.Di antaranya menelan kahak selepas ia keluar kepada had yang zahir iaitu makhraj ha’.Dan seperti tahi sembelit(tahi yang keras) yang telah keluar sebahagiannya maka tiba2 yang keluar itu masuk semula.Tetapi tidak batal puasa menelan air liur yang keluar daripada tempatnya jika suci dan tidak bercampur dengan benda lain.Bersalahan jika dikeluarkan air liur itu atas zahir bibir mulutnya atau bercampur dengan benda2 lain(samaada suci atau najis) seperti makanan yang lekat di celah2 gigi kemudian ditelannya maka batal puasanya.Dan jika dihimpunkan air liurnya atas lidahnya kemudian dikeluarkan (dijelirkan) lidahnya dan ditelannya tidaklah batal puasanya. Dan dimaafkan pada orang yang dibalakan(mengidap) dengan penyakit berdarah gusinya dalam puasa jika menelan ia air liurnya yang bercampur dengan dengan darah daripada gusinya.Dan tidak batal puasa jika termasuk um...