Sunday, October 31, 2010
Tingkatan2 Ilmu Tasauf
Kefahaman sebenar Wahdatul-wujud
Wednesday, October 27, 2010
Dialog dengan seorang profesor
Dakwaan dangkal tentang ilmu tasauf
Tuesday, October 12, 2010
Mimpi bertemu Rasulullah SAW mengajar sufat 20
Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin
Amma Ba'du,
Kali ini, faqir suka untuk berkongsi dengan saudara/i sekalian yang dikasihi akan kisah mimpi yang dialami oleh Allamah Syaikh Ahmad Marzuki Al-Maliki Radiyallahu'anhu sehingga terhasilnya kitab beliau yang terkenal sehingga kini, Aqidatul Awwam. Faqir akan membukakan kitab Nuruz Zholam Syarah 'Ala Aqidatil Awwam, iaitu syarah lanjut oleh Imam Nawawi Al-Banteni Radiyallahu'anhu atas kitab Aqidah Al-Awwam Cetakan Pustaka Mampir, Indonesia. Perkataan di dalam kurungan yang diboldkan merupakan matan dari Kitab Aqidah Al-Awwam, dan selainnya merupakan syarah dari Sayyidil Ulama' Il-Hijjaz (Penghulu Para Ulamak di Tanah Hijjaz pada Zamannya) Al-Imam Nawawi Tsani (ke-2) Allamah Syaikh Nawawi Al-Banteni Al-Makki Radiyallahu'anhu.
Perlu diketahui, bahawa faqir tidak menjadikan kisah mimpi ini sebagai dalil hukum atau penetapan dasar-dasar tauhid, akan tetapi mimpi ini hanya dijadikan sebagai penguat, dan penambahan terhadap dalil-dalil yang sedia ada dari Quran, Sunnah dan Ijmak Ulamak. Apatah lagi mimpi ini datangnya dari seorang Alim Besar Mazhab Maliki, iaitu Al-Imam Ahmad Marzuki, kemudian disyarah pula oleh Imam Nawawi Banteni, dan kitab Aqidah Al-Awwam ini masih berjalan dan diajarkan sehingga ke hari ini. Demkian teksnya pada m/s 2:
(Ketahuilah) bahawa sesungguhnya sebab [asal mula] kitab nazhom ini adalah Nazhim [Syaikh Ahmad Marzuqi] bermimpi bertemu Nabi SAW di penghujung malam Juma'at, pada Juma'at pertama di bulan Rejab, hari ke-enam tahun 1258H, sedangkan para Sahabat RA berdiri di sekelilingnya.
Nabi SAW bersabda kepada SYaikh Ahmad Marzuqi : "Bacalah nazhom-nazhom tauhid, yang barangsiapa bisa menghafalnya, maka ia masuk syurga dan bisa menggapai tujuan dari setiap kebaikan yang sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah"
lalu Syaikh Ahmad Marzuqi bertanya kepada Nabi SAW : "Apa nazhom-nazhom itu , wahai Rasulullah?"
Para Sahabat RA berkata kepadanya : "Dengarkan dari Rasulullah apa beliau sabdakan."
Lalau Rasulullah SAW bersabda : "Ucapkan olehmu *Aku memulainya dengan menyebut nama Allah dan Yang Maha Pengasih*"
Maka Nazhim berkata : "Aku memulainya dengan menyebut nama Allah dan Yang Maha Pengasih, sampai akhir nazhom, yaitu ucapannya [syairnya]:
Mushaf Nabi Ibrahim dan Nabi Musa itu* di dalamnya terdapat Kalam Allah Yang Maha Menghukumi dan Maha Tahu.
Sedangkan Rasulullah SAW mendengarkannya. Tatkala Sayikh Ahmad Marzuqi terjaga dari tidurnya, beliau membaca apa yang dilihat dalam mimpinya, maka beliau dapatkan nazhom-nazhom itu terhafalkan dalam dirinya dari awal sampai akhir.
Kemudian ketika datang malam Juma'at yaitu malam ke-28, hitungan dari Bulan Dzulqa'edah, Nazhim [Syaikh Ahmad Marzuqi] melihat Nabi SAW untuk kedua kalinya di waktu sahur di dalam mimpi.
Lalu Nabi SAW bersabda kepadanya: "Bacalah apa yang telah engkau himpun [hafal]", yakni di dalam hatimu.
Lalu Syaikh Ahmad Marzuqi membacanya dari awal sampai akhir, [saat itu] ia berada di hadapan Nabi SAW, sementara Para Sahabat RA berada di sekeliling Nabi sambil mengucapkan: "Amin" setelah setiap bait dari nazhom itu.
Tatkala beliau telah selesai membacanya, Nabi SAW bersabda kepada beliau: "Semoga Allah Ta'ala memberi taufik padamu untuk melakukan sesuatu yang Dia redhai dan menerima amalmu itu, memberikan berkah atasmu dan memberikan manfaat [kitab ini] kepada semua hamba-Nya. Amin [semoga Allah mengabulkan do'a kita].
Tamat petikan kitab.
Maka, barangsiapa yang memiliki kitab Aqidah Al-Awwam ini, pasti mereka mengetahui bahawa bait-bait nazham di dalamnya menerangkan mengenai Ilmu Sifat 20. Milikilah kitab ini hai saudara/iku, semoga Allah SWT memberikan kefahaman pada agama-Nya kepada kita..Amin
Di kesempatan ini juga, faqir ingin menyatakan bahawa tidak sekali-kali faqir redha mahupun setuju dengan konsert Adam Lambert , seorang Homoseksual yang dikatakan sering berkelakuan tidak senonoh semasa membuat persembahan. Pihak Pemerintah adalah bertanggungjawab dalam perkara ini di samping masyarakat perlu juga memberi kerjasama dengan tidak menghadiri, tidak mengiklankan atau membeli tiket untuk menonton persembahan tersebut. Siapa sahaja yang terlibat dengan usaha seperti ini, adalah dia juga termasuk dalam bersubahat melakukan maksiat.
Di samping itu, juga , janganlah pula hendaknya kita sesama saudara Islam bergaduh hanya kerana saudara kita yang lain tidak mengetahui tentang perkembangan semasa. Tiada apa yang dapat melainkan kerugian sahaja. Melecehkan orang lain bukanlah sikap pejuang sebenar. Pejuang sebenar lebih menghayati maksud "Lead by Example" daripada mengkritik membuang air liur lebih banyak daripada membuang air keringat. Paling tidak pun, setiap orang daripada kita jika dapat memastikan ahli keluarga, sahabat masing-masing daripada tidak menonton konsert tersebut, faqir yakin...tidak ada lagi Artis-Artis tak senonoh akan buat konsert di Malaysia ini. Walaubagaimanapun, faqir tidak menafikan usaha sesetengah pihak yang membuat demonstrasi atau menghantar memorandum kepada Kerajaan Malaysia bagi mendesak dan memberi tekanan supaya konsert tersebut dibatalkan, kerana kaedah "Mencegah lebih baik dari Merawat" adalah tersangat penting untuk diaplikasikan di Malaysia ini. Tetapi janganlah pula dihina, atau direndah-rendahkan mereka yang tidak punyai platform untuk bersuara.
Wallahu Yahdi ila sawaissabil...
Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,
Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..
Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)
Al-Faqir wal Haqir indallah,
Salim Azham (MSA)
Ringkasan Manaqib Imam Syafii
Sambungan Usul Pertama Imam al-Banna: Adakah memadai mengakui kesyumulan Islam tanpa beramal dengannya?
-Sekiranya kemampuannya tidak mampu untuk melaksanakan baki unsur2 Islam yang lain maka dia mesti membantu orang yang memperjuangkan kesyumulan Islam, menyokong mereka dan membantu mereka sekadar termampu.
-Adapun sekiranya dia menentang orang yang memperjuangkan Islam yang syumul ataupun tidak mahu membantu dan menyokong mereka maka dia adalah tercela tanpa syak lagi.
-Sekiranya dia berkemampuan untuk memberikan saham dalam perjuangan Islam namun dia tidak melaksanakannya kerana mengutamakan keselamatan dan afiah dan takutkan kesusahan dan kepayahan dalam berjuang maka tiadalah baginya keselamatan dan afiah.
-Sesungghnya dakwah kepada kefahaman yang syumul dan beramal dengannya beserta mengakuinya adalah usul yang sabit(tetap) dan selain daripada itu dikira kecuaian dalam perjuangan Islam yang murni ini.
Adakah kita telah menunaikan hak Islam sekiranya kita hanya memadai dengan mengetahui dan mengakui kesyumulan Islam tanpa beramal dan berdakwah kepadanya?
Imam asy-Syahid telah menjelaskan dan menerangkan usul ini kepada setiap jiwa yang ingin memahaminya dalam kebanyakan risalahnya.Beliau berkata dalam risalah muktamar kelima di bawah tajuk Islam yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin:
“Islam yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin bukannya Islam yang baru melainkan apa yang dibawa oleh Sayyidina Muhammad SAW daripada Tuhannya.Terdapat di kalangan Muslimin di sepanjang zaman yang menghadkan Islam pada maksud2 tertentu sahaja.
Ada di kalangan mereka yang melihat Islam hanya dalam konteks ibadat zahir.Jika dia menuanikannya ataupun melihat orang lain melakukannya dia pun akan merasa tenang dan redha dengannya dan menyangka bahawa ia sudah sampai ke tahap pati ajaran Islam yang sebenar.Inilah Islam yang dipandang oleh kebanyakan orang Islam.
Ada pula manusia yang menganggap Islam ialah akhlak yang terpuji dan kerohanian yang tinggi.Ada pula yang melihat Islam sebagai sejenis akidah yang diwarisi dan amalan2 warisan yang tidak ada nilai kemajuan.Hanya sebahagian umat Islam sahaja yang mengetahui Islam sebagai hakikatnya yang betul.
Oleh kerana kefahaman manusia yang berbeza tentang Islam inilah menjadi sebab berlakunya salah faham kepada gerakan Ikhwanul Muslimin.Ada di kalangan mereka yang menggambarkan Ikhwanul Muslimin sebagai jamaah nasihat irsyadiyyah yang memberi panduan kepada manusia dengan syarahan agama dan mengingatkan mereka tentang akhirat.Ada yang memahami Ikhwanul Muslimin sebagai Tariqat Tasawuf yang mengajar manusia berzikir dan beribadah dan sebagainya dalam ilmu tasawuf.Ada pula yang menyangka jamaah ini adalah jamaah pengkajian feqah.Hanya sebahagian manusia sahaja yang bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan mengetahui hakikatnya yang sebenar dan memahami dakwah jamaah tersebut adalah ilmu dan amal, teori dan praktikal.
Monday, October 11, 2010
Nasihat Syeikh Mutawalli kepada Husni Mubarak
Sunday, October 10, 2010
Nostalgia 3 Tok Guru
Aku teringat kelas terakhir Fiqh Muqaran Dato' Hashim Yahaya. Dato' Hashim Yahaya ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan. Kelas terakhir tu, instead of mengajar, tiba-tiba dia rasa malas & nak bercerita pulak. Dan penceritaan dia tu membuatkan aku terasa insaf & kata-katanya berbekas sampai ke hari ni.
Yang boleh terlencong tu apabila ada satu perenggan dalam muzakkirat (nota) Fiqh Muqaran tu, dia ulas pasal nahu (grammar). Pastu mulalah dia bukak cerita, penah dengar tak matan alfiyah (1000 teks). Uhuk uhuk, aku cuma penah dengar matan arbain (40 teks) je, rasanya kawan-kawan lain pun macam tu. Dia kata matan alfiyah ialah 1000 bait syair hanya mengenai nahu sahaja, dari yang kecik-kecik macam mubtada' khabar sampaila yang kompleks. Sapa yang hafal matan alfiyah tu kira hebatla, grammar Arab memang dalam tangan, dia sendiri mengaku dia tak hafal semua. Dia kata yang dia tau, cuma Mufti Pulau Pinang skang ni, SS Dato' Hassan Ahmad yang hafal, tapi tak taula skang ni dia still hafal lagi ke tak.
Dalam mempelajari nahu dia kata, dia belajar dengan ramai tok guru. Antaranya ialah Tok Guru Salleh al-Masri, pengasas Madrasah al-Masriyyah kat Bukit Mertajam. Juga termasuk Almarhum Dato' Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor yang pada waktu tu jadi cikgu di Madrasah al-Masriyyah. Dia pun bukakla cerita sejarah hidup Tok Guru Salleh (zaman tu orang panggil Tuan).
Tok Guru Salleh antara anak Melayu pertama yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti al-Azhar, Mesir di penghujung kurun ke-19. Waktu tu Tok Guru Salleh kata, kat Mesir cuma ada 2 orang je yang boleh cakap Melayu, dia & seorang member dia dari Indon. Pada waktu tu, sistem pengajian al-Azhar bukan macam skang, ada fakulti Syariah, Usuluddin, Dakwah bagai. Dulu mengaji kat al-Azhar main pukul rata 12 tahun, habis 12 tahun, graduate dia tau SEMUA benda, bukan macam skang. Kalau Syariah, Syariah je, Usuluddin tak berapa expert, vice versa. Dato' Hashim cerita lagi, kalo tok guru nak bukak pondok waktu tu, dia kena HAFAL kitab nahu, fiqh, usul fiqh, etc. yang paling complicated dalam mazhab Syafie. Aku pun tak ingat senarai kitab yang Dato' Hashim sebut, tapi kitab-kitab tu kalo hafal kitab induknya, kitab-kitab yang bawah tu kira mudahla. Maknanya setakat Mughni Muhtaj or Iqna’ tu kira celah gigi jela. Dan Dato’ Hashim kata Tok Guru Salleh hafal kitab-kitab tersebut & melayakkan dia untuk membukak Madrasah al-Masriyyah sekitar awal 1900. Walaupun dia belajar 'cuma' 8 tahun kat al-Azhar, dia kira dah cukup hebatla sebab dah mahir dengan kitab-kitab yang ada. Nama Masriyyah tu sendiri diambik sempena asal tempat Tok Guru Salleh belajar iaitu Mesir (Misr) - tukar Melayu jadi Masri (macam rentak Masri lak, hahaha).
Satu lagi Dato' Hashim sebut, orang panggil Tok Guru Salleh sebagai Tuan waktu tu ada sebabnya. Ini kerana waktu tu dia saja tok guru pondok yang reti speaking English, so kalo reti speaking ni kira kita panggil Tuan la, macam omputih. Tok Guru Salleh mula-mula belajar kat sekolah Inggeris tapi lama-lama dia tengok sekolah Inggeris ni mengarut je tu yang dia pegi belajar agama.
Dato' Hashim cerita waktu dia masuk Madrasah al-Masriyyah tu (aku agak-agak masa umur 11,12 tahun, akhir 40'an atau awal 50'an), waktu tu Tok Guru Salleh dah tak jadik mudir (pengetua) Madrasah tu dah, umur dia waktu tu dah lanjut (umur dia dekat 100 tahun masa meninggal dunia). Yang jadik mudir masa tu ialah Haji Fuad Hassan, bekas Yang di-Pertua Pas yang pertama pada 1951, merangkap menantu Tok Guru Salleh. Walaupun Tok Guru Salleh dah tak mengajar, Dato' Hashim amik inisiatif bersama beberapa orang kawannya untuk belajar nahu dengan Tok Guru Salleh kat rumahnya & Tok Guru Salleh bersetuju.
Ada kisah menarik mengenai bagaimana Tok Guru Salleh meninggal dunia. Tok Guru Salleh ni jarang sakit, kalo paling teruk pun pening je, tapi pening dia membawak ke sebulan, sampai makan minum semua atas katil je. Alkisahnya dia cuma buat haji sekali je, maknanya bukan selalu pergi Makkah macam orang skang ni. Pastu terus tinggal kat Tanah Melayu, tak pegi mana-mana dah. Nak dijadikan cerita, di penghujung hayat dia, Tok Guru Salleh ditimpa sakit kepala yang panjang & waktu tu lah dia memanggil semua anak & menantu dia (Tok Guru Salleh ada sorang je anak lelaki, yang lain semua perempuan, tapi menantu lelaki dia semua tok guru belaka, malah lagi hebat dari dia, ada yang mengaji kat al-Azhar sampai complete 12 tahun, dia sendiri tanya masalah agama kat menantu dia). Dia bagitau kat anak menantu dia, siapkan passport, dia nak pegi buat umrah. Anak menantu garu kepala, bapak umur dekat 100 tahun camne nak pegi Makkah, larat ke, dengan sakit kepala lagi. Tok Guru Salleh bertegas jugak, maka anak menantu pun menurut la. Nak jadik ceritanya, elok esok nak pegi umrah, sakit kepala dia abis sembuh. Kat Makkah, dia dijaga oleh cucu dia yang mengaji kat Makkah. Maka dia sempurnakanlah umrah dia & elok je selesai umrah dia, dia balik ke bilik untuk berehat, ditemani oleh cucu dia & terus meninggal dunia. Macam tau-tau je dia dipanggil ke Makkah.
Dato' Hashim jugak menceritakan pengalamannya dengan datuk bekas PM kita, Tok Guru Hj. Abdullah Fahim, memang alim la, berbelas tahun mengaji kat Makkah. Diceritakan masinnya mulut dia ni, pernah dia duduk kat tepi tingkap tu & cakap kat isteri dia pegi tangkap & sembelih ayam tu untuk dimakan, isteri dia selalu tak nak buat. Elok isteri dia tak nak je, ayam tu menggelupur & mati macam tu je. Several times gak berlaku. Last-last isteri dia tak berani, bila Tok Guru Hj. Abdullah Fahim cakap nak ayam je, dia cepat-cepat sembelih, takut ayam tu mati sia-sia.
Pernah sekali Dato' Hashim masa kecik-kecik nampak Tok Guru Hj. Abdullah Fahim datang ke kenduri kahwin, tapi dia tak join dulu. Dia melencong pergi ke dapur & berdiri tercongok kat bawah pokok kelapa, tak nak bagi sapa-sapa perasan, low profile je. Masa tu Dato' Hashim approach, salam dia, tanya khabar semua. Tok Guru Hj. Abdullah Fahim pun tanya, "mengaji ka?". Dato’ Hashim cakap "ya, mengaji". "Kat mana?". "Madrasah al-Masriyyah". Hah, elok Dato’ Hashim cakap Masriyyah je, terus Tok Guru Hj. Abdullah Fahim speaking Arab dengan dia, padahal dia baru je masuk sekolah tu, huhu. Tak faham Arab, Dato’ Hashim cepat-cepat mintak diri & blah, huhu.
Banyak lagi yang Dato' Hashim ceritakan mengenai tok-tok guru dia, mengenai al-Azhar & kemerosoton mutu graduan Melayu al-Azhar sekarang. Aku yang mendengar akhirnya tunduk & insaf. Nak kata yang grad al-Azhar pun dah cokia, kalo macam aku ni apatah lagi. Betapa sikitnya ilmu aku ni. Nak berlagak apanyalah, sekelumit pun takleh celen ulama'-ulama' hebat ni. Arab pun tunggang-langgang. Yet ada jugak jenis manusia yang tak reti Islam nak cakap jugak pasal Islam. Zaman Nabi takde gillette la, orang bukan Islam takleh masuk masjidla, alahai, alahai.
Selain Dato' Hashim, sorang lagi tok guru aku ialah Dato' Saleh Hj. Ahmad, adik-beradik mufti Pulau Pinang SS Dato' Hassan Ahmad, Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan Pas) & Ustaz Zakaria Ahmad (yang mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat baru-baru ni lah). Dato' Saleh ni slow & steady je. Jarang sentuh pasal isu semasa, tapi sekali dia sentuh, maknanya penting la tu. Remark dia selalu berisi. Dato' Saleh ialah ahli Majlis Agama Islam Perak, Selangor selain Hakim Mahkamah Rayuan Syariah & macam-macam lagi jawatan yang aku tak larat nak list down.
Pernah sekali Dato' Saleh dia cerita asal perkataan 'Badawi' kat nama Ahmad Badawi bapak Pak Lah kita. Dato' Saleh kata bapak dia (Hj. Ahmad) & bapak Pak Lah (Hj. Ahmad jugak), sama-sama mengaji kat Makkah dulu. Sebabkan nama tu sama, kena la ada gelaran untuk distinguish. Hj. Ahmad bapak Dato' Saleh gelarkan bapak Pak Lah 'Badawi' sebab bapak Pak Lah perwatakannya tegas, keras & kasar, macam orang Badawi (Badwi) Arab. On the other hand, bapak Pak Lah panggil bapak Dato' Saleh tu Ahmad 'Ulu', sebab bapak Dato' Saleh asal dari Pattani. Tapi entah kenapa gelaran Ahmad 'Ulu' yang bapak Pak Lah bagi kat bapak Dato' Saleh tak lekat, tapi gelaran Ahmad 'Badawi' yang bapak Dato' Saleh bagi kat bapak Pak Lah lekat sampai berjangkit ke anak & cucu dia sekali. So jangan marahla kalo orang sabitkan Pak Lah dengan Arab Badwi sebab memang itu pun asal gelaran Badawi tu. Aku memangla tak kenal arwah bapak Pak Lah ni, tapi macam tak caya je arwah bapaknya kasar, sebab anak dia lembik je aku tengok, dahla kuat tidur, ha ha.
Berbeza sket dengan Dato' Hashim & Dato' Saleh yang berasal dari utara, Ustaz Yaacob Ismail berasal dari Kelantan. 3-3 ni pun asalnya daripada API, UM tapi akhirnya menyebar ilmu di UIA (ramai lagi sebenarnya, termasuk Dato' Dr. Mahmood Zuhdi & isterinya Datin Paizah). Aku tak minatla nak ulas betapa bodohnya UM melepaskan tok guru hebat-hebat ni tapi dalam masa yang sama aku bersyukur jugak, kalo bukan sebab kebodohan UM takdela aku berkesempatan nak menadah ilmu denagn tok guru semua ni kat UIA.
Ustaz Yaacob ni memang alim sungguh, kata-kata dia penuh dengan ilmu tasawuf, cewah. Kalau tak kenal dia memang nampak macam garang tapi lepas kenal, Allahurabbi, baiknya alahai, macam datuk-datuk kita je. Rasanya antara bertiga ni, Ustaz Yaacob la yang paling tua skali, 70++ umur dia. Disebabkan aku belajar Asbab al-Ikhtilaf dengan Ustaz Yaacob, so aku lebih 'terbuka' dalam menghargai khilaf antara mazhab. Lebih tasamuh & tidak jumud atau taksub. Salah satu perkara yang sangat-sangat valuable yang aku dapat masa belajar dengan dia - bagaimana kita harus menghormati & menghargai perbezaan pendapat. Kalau pakai ayat Ustaz Yaacob - "Tak dok papo, bendo khilaf, jangey duk baloh". Sebab tu aku cukup geli kalo orang nak gocoh sokmo, dalam masjid, dalam kelas, luar solat, dalam solat, ilmu agama tak tinggi mana, ada sesetengah tu takde academic qualification langsung, dah boleh hentam Imam Ghazali, dah boleh kondem Ibnu Taymiyah. Baru ikut 'kursus' seround dua, dah boleh pertikai kitab Imam itu, Imam ini. Yang jumud, jumud sangat, yang taksub, taksub sangat. Wahhabi dia je betul, salafi dia je yang betul, ahli sunnah dia je yang betul. Takde adab langsung dalam berselisih pendapat.
Itu la sikit sebanyak nostalgia dengan 3 tok guru ni. Aku rasa puas sungguh dapat mengaji dengan 3 orang ni. Walaupun aku kuat ponteng kelas Dato' Saleh (haha), tapi itu semua bukanla disengajakan, ekeke. Aku nak jadi alim macam diorang memang mustahil. Takpelah, asalkan dapat tumpang kuah berguru dengan Dato’ Hashim, Dato' Saleh & Ust. Yaacob pun aku cukup berbangga.
Aku doakan agar Allah mengurniakan kesihatan yang berkekalan & umur yang panjang kepada 3 tok guru ni. Kalo takde 3 orang tok guru ni, aku tak tau dah sape nak ganti diorang kat AIKOL ni.